Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan

Usaha perbaiki piawaian sumber manusia diperlukan

Patrick Tay: Ini demi pastikan masyarakat S'pura punyai akses kepada peranan karyawan, pengurus dan eksekutif (PME)
Feb 24, 2023 | 05:30 AM



DALAM memastikan masyarakat setempat mempunyai akses kepada peranan karyawan, pengurus dan eksekutif (PME), pemerintah dan rakan kerjasama tiga pihak perlu berusaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya memperbaiki piawaian sumber manusia (HR).



Mengetengahkan saranan ini, Penolong Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Patrick Tay (Pioneer), berkata kita harus memastikan pasaran yang saksama untuk PME tempatan dan bakat asing yang diambil bagi saling melengkapi tenaga kerja tempatan.



Menurut beliau, para majikan harus menubuhkan dan melaksanakan dasar dan amalan bagi memupuk tempat kerja yang adil dan inklusif serta menyediakan sekitaran selamat untuk pekerja melaporkan keprihatinan.



Untuk melakukan demikian dengan berkesan, kata Encik Tay, adalah penting bagi syarikat untuk mempunyai karyawan HR yang bertauliah, sama ada oleh Institut Karyawan Sumber Manusia (IHRP) atau badan antarabangsa lain.



Hal ini juga perlu diamalkan oleh syarikat kecil dan sederhana (SME), menerusi pengenalan khidmat HR dikongsi.



"Lantaran itu, saya menggesa pemerintah dan rakan kerjasama tiga pihak agar meningkatkan kesedaran mengenai peri-pentingnya memperbaiki piawaian HR, menerusi pentauliahan IHRP dan bekerjasama lebih lanjut untuk mempertingkatkan dasar yang ada serta amalan.



"Jika pemberhentian pekerja tidak dapat dielakkan, pemerintah harus memastikan amalan pembuangan pekerja yang adil dan bertanggungjawab dilaksanakan," saran Encik Tay.



Bagi segelintir syarikat yang mempunyai amalan diskriminasi, Encik Tay mencadangkan perlunya mempunyai rangka kerja penalti.



"Saya berharap penggubalan Keadilan Tempat Kerja akan mencapai keseimbangan yang baik, antara melindungi tenaga kerja setempat dan menguruskan keperluan perniagaan," ujar beliau.



Dalam ucapannya juga, Encik Tay menarik perhatian tentang golongan pekerja yang telah hilang pekerjaan.



Sementara Geran Pemulihan Covid-19 semasa pandemik telah dilanjutkan hingga ke akhir 2023, beliau menyarankan agar pemerintah mengambil langkah lebih lanjut dan memperkenalkan skim tetap.



Menurut beliau, sokongan itu akan membolehkan pekerja yang menganggur, mempertingkatkan kemahiran mereka dan mencari pekerjaan yang bersesuaian.



Encik Tay juga mengakuri keprihatinan bahawa sokongan sedemikian mungkin menyebabkan pekerja kekal tidak bekerja lebih lama lagi, sekali gus menjadikan mereka lebih sukar untuk bekerja semula.



Tetapi menurut satu tinjauan oleh sebuah pasukan kerja untuk PME, hampir 80 peratus sokongan sedemikian akan membantu pekerja memenuhi keperluan mereka semasa mencari pekerjaan baru.



Encik Tay menekankan bahawa mereka yang mencari pekerjaan perlu disalurkan kepada sokongan yang mereka perlukan.



"Ini boleh menjadi dalam bentuk kaunseling kerjaya khusus dan nasihat atau latihan yang akan memperkasakan mereka untuk mengambil pekerjaan dalam bidang pertumbuhan atau peranan pekerjaan yang direka semula," tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >