Usaha percubaan SMRT letak adangan di stesen MRT Woodlands
Galak pengguna PMD turun dari peranti demi tingkat keselamatan
Jun 10, 2019 | 05:30 AM
SMRT telah meletakkan beberapa adangan besi di stesen MRT Woodlands sebagai sebahagian percubaan memastikan pengguna alat mobiliti peribadi (PMD) turun dari peranti masing-masing dalam kawasan stesen tersebut.
Percubaan itu bermula minggu lalu dan bertujuan meningkatkan keselamatan bagi kedua-dua pengguna PMD dan orang awam, menurut laporan The Straits Times.