Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha perintis buka semula kelab malam, pusat karaoke ditangguh

Jan 19, 2021 | 08:50 PM




KEMENTERIAN Perdagangan dan Perusahaan (MTI) serta Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) mengumumkan pada Selasa (19 Jan) bahawa untuk mencegah pembentukan kelompok Covid-19 dalam sekitaran berisiko tinggi, dan untuk meminimumkan risiko penularan masyarakat selanjutnya, rancangan untuk membuka semula kelab malam dan pusat  karaoke khususnya akan ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.




Tiga bar dan pub di bawah program perintis serupa akan dibenarkan untuk terus beroperasi buat masa ini.



"Kami telah melihat peningkatan dalam bilangan kes masyarakat di Singapura baru-baru ini, di mana beberapa kes buat masa ini tidak berkait dan sedang disiasat," kata kedua-dua kementerian itu dalam satu kenyataan media bersama.



Kementerian itu menambah bahawa kelab malam dan pusat  karaoke mungkin dianggap sebagai sekitaran berisiko tinggi, dengan orang ramai berada dalam jarak dekat untuk jangka masa yang panjang dan di tempat tertutup.



"Tidak dapat dipastikan bila perintis itu dapat dimulakan, memandangkan keadaan kesihatan awam yang dinamik. Agensi-agensi akan mengkaji semula permulaan perintis pada masa yang sesuai," tambah kementerian itu.



Pemerintah pada 6 November lalu mengumumkan yang ia akan menjalankan langkah perintis berskala kecil untuk industri hiburan malam bagi membolehkan bilangan pusat hiburan malam yang terhad - termasuk bar, pub, kelab malam, disko dan tempat karaoke - untuk dibuka semula dengan langkah pengurusan selamat yang ketat.



Persatuan perniagaan hiburan malam dijemput untuk mencalonkan kelab malam dan pusat karaoke yang sesuai untuk perintis itu, yang pada awalnya dijadualkan bermula bulan ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >