Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha perketat langkah Covid-19: Perpustakaan kurangkan tampungan operasi kepada 25 peratus; had kunjungan kepada 1 atau 2 jam

May 15, 2021 | 09:14 PM



SEMUA perpustakaan awam akan mengurangkan tampungan operasinya kepada 25 peratus dan memotong masa meluangkan waktu di situ bagi mengurangkan penularan wabak Covid-19 dalam masyarakat.



Dalam satu kenyataan pada Sabtu (15 Mei), Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) menjelaskan semua program fizikal termasuk sesi jelajah di perpustakaan awam dan Arkib Negara Singapura akan digantung.



Langkah-langkah ini akan berkuat kuasa pada Ahad (16 Mei) hingga 13 Jun sejajar dengan undang-undang Covid-19 yang diperketat sedang kes masyarakat terus meningkat.



Sebelum ini, NLB mengetatkan undang-undang mulai 8 Mei.



Tampungan operasi buat masa ini akan dipotong separuh kepada 25 peratus bagi Perpustakaan Negara dan semua 26 perpustakaan awam, Arkib Negara Singapura dan muzium bersejarah Former Ford Factory.



Kunjungan ke Perpustakaan Negara, Arkib Negara Singapura dan Ruang Belajar di tingkat lima bangunan Perpustakaan Negara kini hanya boleh dilakukan selama dua jam bagi hari biasa dan hujung minggu.



Tempoh berada di perpustakaan awam lain dan Former Ford Factory juga dikurangkan kepada sejam sahaja.



Semua pengunjung harus menempah slot masa lebih awal di laman https://www.nlb.gov.sg/Visit/GettingOriented/PlanYourVisit.aspx



Manakala mereka yang sudah meminjam buku perpustakaan dan bahan lain akan mempunyai lebih banyak masa untuk membaca dan memulangkan buku mereka.



Tempoh pinjaman bagi bahan perpustakaan fizikal yang dipinjam antara 16 Mei dengan 31 Julai akan ditambah sehingga enam minggu daripada tiga minggu sebelum ini.



Pengunjung juga boleh memperbaharui tempoh pinjaman sehingga enam minggu.



Sebarang barangan fizikal yang harus dipulangkan pada 16 Mei atau selepas itu akan mempunyai tempoh tamat pinjaman yang dilanjutkan hingga 11 Julai.



Tampungan penonton bagi tayangan awam Arkib Filem Asia di Teater Oldham di bangunan Arkib Negara juga dikurangkan daripada 50 orang kepada 33 orang bagi kedua-dua pawagam dan atrium.



"Bagi memastikan keselamatan pengunjung, langkah jarak selamat, kawalan tampungan dan penyahjangkitan yang kerap dilakukan pada sudut-sudut interaksi akan terus dilaksanakan serata premis kami," jelas NLB.



Orang ramai diminta memeriksa aplikasi mudah alih NLB atau laman https://www.nlb.gov.sg/visitors bagi mengelakkan kesesakan pengunjung.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >