Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SOKONGAN DIPERTINGKAT BAGI MASYARAKAT MELAYU/ISLAM

Usaha perkukuh jagaan lepas sekolah pelajar buahkan hasil

Dec 01, 2021 | 05:30 AM



Peningkatan dalam bilangan pelajar yang mendaftar di pusat jagaan pelajar (SCC) di sekolah rendah daripada 3,000 pada 2012 kepada 28,500 tahun ini, kata Dr Maliki, menunjukkan bahawa usaha mengukuhkan penjagaan selepas sekolah, terutamanya bagi pelajar daripada latar belakang kurang bernasib baik, membuahkan hasil.



Semua 186 sekolah rendah di sini mempunyai SCC dengan menyediakan struktur dan sokongan bagi pelajar.



"Ini memastikan bahawa meskipun selepas sekolah berakhir, pelajar kurang bernasib baik dapat terus berada di sekolah di mana mereka akan diberi sokongan, dibantu dengan kerja sekolah dan terlibat dalam kegiatan yang dapat meningkatkan kemahiran mereka, termasuk pembangunan sosio-emosional mereka," kata Dr Maliki.



Golongan pelajar ini juga akan melalui program-program yang dapat mengukuhkan daya tahan dan pembangunan holistik mereka.



Pada peringkat sekolah menengah pula, sekitar 9,000 pelajar terlibat dalam program Gear-Up yang bertujuan menyediakan sokongan khusus dan program selepas sekolah yang lebih menyeluruh kepada pelajar daripada keluarga kurang bernasib baik.



"Gear-Up memperkukuh apa yang digelar faktor pelindung seperti keterkaitan sekolah, motivasi dan daya tahan kerana kita sedar bahawa bagi remaja, mereka berhadapan dengan banyak isu perkembangan berkenaan dengan harga diri dan dihubungkan dan diterima oleh rakan sebaya mereka adalah penting bagi mereka.



"Banyak sekolah juga bekerjasama dengan rakan kongsi masyarakat untuk menawarkan peluang pendampingan dan bimbingan, serta kegiatan berasaskan minat kepada pelajar ini," jelas Dr Maliki.



Awal bulan ini, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengumumkan bahawa daya usaha Uplift akan dipertingkat dengan Program Peningkatan Sumber Sekolah Uplift akan melibatkan tambahan 24 sekolah rendah dan menengah menjelang 2022.



Dr Maliki berkata Kementerian Pendidikan (MOE) berada di landasan yang betul dengan mendapatkan 130 pegawai kebajikan pelajar bagi sekolah rendah dan menengah menjelang hujung tahun depan.



Pegawai kebajikan pelajar bekerjasama dengan guru dan rakan kongsi masyarakat untuk menangani keperluan pelajar yang menghadapi masalah ketidakhadiran ke sekolah.



MOE kini mempunyai 105 pegawai kebajikan pelajar yang berkhidmat di sekolah.



Para pegawai ini juga membantu menggabungkan pelajar kepada sumber-sumber masyarakat yang tersedia melalui penyelaras peringkat bandar.



Menurut Dr Maliki, yang juga pengerusi Uplift, seorang penyelaras peringkat bandar menangani sekitar 60 kes sedemikian.



Pelajar ini menerima bantuan berbeza, berdasarkan keperluan dan keadaan keluarga masing-masing.



Sementara itu, Dr Maliki juga menjelaskan bahawa setiap sekolah mempunyai guru-kaunselor yang dilatih dalam asas kaunseling.



Beliau berkata MOE merancang menambah lebih ramai guru-kaunselor sedemikian kepada sekitar 1,000 daripada 700 guru-kaunselor sedia ada.



Ditanya adakah terdapat kerisauan guru-guru perlu menggalas tugas dan tanggungjawab lebih besar dengan lebih ramai daripada mereka perlu membantu pelajar kurang bernasib baik, Dr Maliki berkata:



"Kami tahu tidak mudah bagi guru melakukan semuanya.



"Uplift dibangunkan untuk menyediakan sokongan bagi mereka melakukan tugas mereka serta bagi mereka bekerjasama dengan rakan kongsi berbeza dan mempunyai sumber tambahan dengan melakukan yang terbaik bagi pelajar ini."



Dalam pada itu, beliau menambah bahawa MOE juga sedang memantau perkembangan dan kemajuan golongan pelajar yang berisiko ini.



"Harapan kami ialah agar semua pelajar dapat mencapai kelayakan pendidikan pasca-menengah yang lebih tinggi... sekurang-kurangnya Higher Nitec.



"Apa yang kami mahu lakukan ialah bantu kanak-kanak ini bangunkan kekuatan dan minat mereka, tidak kira permulaan kehidupan mereka, kami mahu bantu mereka capai kejayaan dan motivasi mereka sendiri dalam kehidupan," ujarnya.




"Ini memastikan bahawa meskipun selepas sekolah berakhir, pelajar kurang bernasib baik dapat terus berada di sekolah di mana mereka akan diberi sokongan, dibantu dengan kerja sekolah dan terlibat dalam kegiatan yang dapat meningkatkan kemahiran mereka, termasuk pembangunan sosio-emosional mereka."

"Harapan kami ialah agar semua pelajar dapat mencapai kelayakan pendidikan pasca-menengah yang lebih tinggi... sekurang-kurangnya Higher Nitec.

Apa yang kami mahu lakukan ialah bantu kanak-kanak ini bangunkan kekuatan dan minat mereka, tidak kira permulaan kehidupan mereka, kami mahu bantu mereka capai kejayaan dan motivasi mereka sendiri dalam kehidupan."

- Dr Mohamad Maliki Osman.




SEKILAS UPLIFT



  • Bermula pada September 2018, Uplift bertujuan memperkukuh sokongan bagi pelajar kurang bernasib baik.

Dipimpin MOE, Uplift menangani isu seperti ketidakhadiran jangka panjang dan menyediakan bantuan holistik kepada pelajar.



  • Rangkaian Masyarakat Uplift akan diperkenal bermula 2022 secara bertahap. Seramai 1,800 pelajar dijangka meraih manfaat setiap tahun.

  • Program Peningkatan Sumber Sekolah Uplift akan melibatkan tambahan 24 sekolah rendah dan menengah menjelang 2022. Program dijangka sokong 13,000 pelajar daripada 100 sekolah dalam tahun-tahun mendatang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >