Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Usaha pertingkat kesedaran kesihatan mental di estet kejiranan

Oct 13, 2022 | 05:30 AM



KESEMUA 18,000 isi rumah di wad Cheng San-Seletar menerima pek penjagaan dari Anggota Parlimen, Cik Nadia Ahmad Samdin pada hujung minggu sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia kelmarin.



Selain makanan, pek tersebut mengandungi nota, senarai sumber kesihatan mental yang tersedia, dan seruan untuk mengenal pasti jiran yang memerlukan pertolongan dan memaklumkan kelab masyarakat akan kes sedemikian.



Sejak pandemik Covid-19 melanda, terdapat lebih banyak inisiatif untuk mendorong kesedaran lebih tinggi tentang kesihatan mental.



Sepanjang dua tahun lalu, beberapa AP telah mendapatkan bantuan masyarakat untuk menjadikan kesihatan mental suatu usaha bersemangat 'kampung' yang memerlukan kerjasama.



Cik Nadia melancarkan inisiatif Care Network-Living Well di kawasan undinya di Cheng San-Seletar, yang merupakan sebahagian daripada GRC Ang Mo Kio, pada Disember 2021 agar dapat melengkapi masyarakat dengan kesedaran serta kemahiran dalam isu kesihatan mental.



Cik Cassia Leong, seorang penduduk Cheng San yang menghadiri bengkel pertolongan cemas psikologi di bawah program tersebut pada Disember tahun lalu, membantu mengenal pasti mereka yang memerlukan sokongan.



Suri rumah berusia 45 tahun itu berkata beliau mempelajari bahawa ia bukan satu keperluan untuk sentiasa mempunyai huraian bagi seseorang yang tertekan atau kemurungan.



Kadangkala, mereka hanya memerlukan telinga untuk mendengar, lapor akhbar The Straits Times.



Relawan dan responder pertolongan cemas psikologi yang terlatih bertanya khabar warga emas yang tinggal di kawasan undi Cheng San-Seletar secara tetap.



"Dalam sebuah masyarakat yang menua, saya berpendapat tegas tentang (kepentingan) menyokong warga emas kita ke arah kesejahteraan mental yang lebih baik walau sedang kita menjaga kesihatan fizikal mereka," kata Cik Nadia.



Menjelang 2030, sekitar satu dalam empat warga Singapura akan berusia lebih 65 tahun, satu peningkatan daripada satu dalam enam hari ini.



Melebihi kawasan undinya, Cik Nadia sedang meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental dalam kalangan masyarakat Melayu dengan perbincangan kumpulan fokus yang melibatkan aktivis dari Biro Hal Ehwal Melayu Parti Tindakan Rakyat.



Di Queenstown, penduduk boleh mendaftar bagi Latihan Pendamping Kesihatan atau Wellness Befriender Training secara percuma, di mana mereka akan dilengkapi dengan kemahiran seperti pertolongan cemas kesihatan mental, mengenal pasti mereka yang mengalami isu mental dan asas kaunseling.



Relawan akan tamat latihan sebagai pendamping kesihatan setelah sekitar sebulan.



Kini, terdapat 72 pendamping kesihatan, dan 14 lagi akan tamat latihan tidak lama lagi.



AP GRC Tanjong Pagar, Encik Eric Chua, berkata:



"Apa yang paling menyentuh hati saya adalah melihat ramai penduduk dan pelajar di Queenstown mendaftar sebagai pendamping kesihatan dan secara sukarela menyumbang usaha dan waktu mereka untuk membantu orang di sekeliling mereka. Bagi saya, ia mempamerkan semangat kampung pada zaman moden."



Kawasan undi Queenstown Encik Chua merupakan sebahagian daripada GRC Tanjong Pagar.



Pada Hari Kesihatan Mental Sedunia tahun lalu, beliau melancarkan program Safe Pod @ Queenstown dengan bantuan rakan masyarakat serta sekolah.



Di bawah inisiatif ini, kaunselor dan pendamping terlatih di van bergerak menggunakan alat imbasan kecerdasan buatan untuk membantu menentukan sokongan yang diperlukan seseorang.



Sejauh ini, lebih 2,500 penduduk dan pelajar di Queenstown telah mencuba alat tersebut.




"Dalam sebuah masyarakat yang menua, saya berpendapat tegas tentang (kepentingan) menyokong warga emas kita ke arah kesejahteraan mental yang lebih baik walau sedang kita menjaga kesihatan fizikal mereka."
– AP GRC Ang Mo Kio, Cik Nadia Ahmad Samdin.




"Apa yang paling menyentuh hati saya adalah melihat ramai penduduk dan pelajar di Queenstown mendaftar sebagai pendamping kesihatan dan secara sukarela menyumbang usaha dan waktu mereka untuk membantu orang di sekeliling mereka."
- AP GRC Tanjong Pagar, Encik Eric Chua.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >