Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha relawan sebar mesej antidadah diiktiraf

Jan 29, 2023 | 05:30 AM



BERSEMANGAT untuk menyebarkan mesej antidadah, Encik Saini Daipi telah menjadi sukarelawan untuk kempen Dadah Itu Haram (DIH) sejak 2018.



Sejak dilancarkan pada 2017, DIH telah menggembleng tenaga lebih 230 sukarelawan dan lebih 340 pertubuhan yang membantu menyampaikan program bersama Biro Narkotik Pusat (CNB).



Kempen antidadah itu bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam bahawa dadah dilarang dalam agama serta menekankan kepentingan hidup sihat dan bebas dadah.



Usaha Encik Saini, bersama kira-kira 60 sukarelawan lain, telah diiktiraf semasa Majlis Penghargaan Makan Tengah Hari bagi Sukarelawan dan Rakan Kongsi Rangkaian Advokasi Penyalahgunaan Antidadah (A3).



Ia diadakan semalam di HomeTeamNS Balestier, JOM Clubhouse dan diserikan oleh tetamu terhormat Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



Turut hadir adalah Pengarah CNB, Encik Sam Tee, Pengerusi Majlis Mencegah Penyalahgunaan Dadah Kebangsaan (NCADA), Encik Hawazi Daipi, dan Penolong Pesuruhjaya Polis Hong Kong, Cik Eve Chung.



Ketika ditemu bual Berita Minggu, Encik Saini, 48 tahun, berkata beliau berharap dapat menyumbang secara bermakna kepada masyarakat melalui kerja sukarelanya.



"Saya berasa gembira kerana dapat meningkatkan kesedaran dan menyebarkan bahaya dadah, terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam," ujar Encik Saini.



Beliau dan sukarelawan lain mengedarkan risalah antidadah kepada rakan kongsi DIH seperti masjid, kedai makan dan kedai gunting rambut Melayu/Islam.



"Kami pergi ke tempat-tempat yang sering dikunjungi oleh golongan remaja. Ada kemungkinan mereka menggunakan dadah untuk melegakan tekanan mereka.



"Tekanan boleh disebabkan oleh kehilangan pekerjaan, masalah perhubungan dan banyak lagi, terutamanya semasa Covid-19," jelas Encik Saini.



Beliau yang bertugas sebagai seorang juruteknik di SMRT selama kira-kira 25 tahun juga merupakan pengasas kumpulan penunggang motosikal, Goodwheelz Bikerz.



Kumpulan itu, yang terdiri daripada 15 ahli, mengambil bahagian dalam amal kebajikan seperti pengedaran makanan bagi keluarga yang memerlukan.



"Walaupun saya tidak mengharapkan apa-apa balasan, saya berasa gembira kerana usaha saya diiktiraf semasa acara Rangkaian A3 ini," kata Encik Saini.



Diurus bersama oleh NCADA dan CNB, Rangkaian A3 yang dimulakan pada 2016 adalah rangkaian sukarelawan yang menyokong dan mempromosikan usaha antidadah.



Ia juga terdiri daripada sukarelawan yang menyokong kempen DIH dan kempen Bothaiporulai Ethirthu Nirpom (BEN), iaitu kempen antidadah bagi masyarakat India di Singapura.



Dr Faishal berkata bahawa sukarelawan dan pendukung memainkan peranan penting dalam memerangi dadah di Singapura.



"Situasi dadah global dan serantau terus memberi cabaran kepada Singapura.



"Di Singapura, masih terdapat kes remaja terlibat dalam dadah, bukan sahaja dalam penggunaan, tetapi juga dalam penjualan dan pengedaran.



"Sementara kami meneruskan misi memastikan Singapura bebas dadah, saya berharap lebih banyak pertubuhan dan individu akan melangkah hadapan sebagai rakan kongsi dan pendukung, supaya anak-anak kami boleh membesar dalam persekitaran yang selamat daripada bahaya dadah," ujar Dr Faishal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >