Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RAIKAN ILMU

Usaha seluruh masyarakat perlu demi perkasa generasi belia

Oct 14, 2021 | 05:30 AM



USAHA seluruh masyarakat diperlukan untuk membangunkan generasi belia yang seterusnya agar mereka terus diperkasa, kata Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam.



Menurutnya, beliau rasa terharu melihat kian ramai golongan karyawan yang tampil untuk membantu membimbing para belia sebagai mentor.



"Sepanjang beberapa tahun, banyak usaha telah dijalankan untuk merekrut sukarelawan, menghasilkan kurikulum pementoran dan melatih mentor.



"Saya amat terharu ramai yang sudi tampil memperuntukkan masa meski sibuk dengan tugasan lain, demi menghadiri sesi latihan.



"Ramai golongan profesional dan warga dewasa muda juga telah meluangkan masa untuk melatih dan menjadi mentor kepada belia," ujarnya.



Beliau berkata demikian menyusuli latihan Gift-Centred Mentoring bagi para pegawai dan mentor sebagai sebahagian daripada Bidang Fokus 3 M³ yang diadakan secara dalam talian, pada Sabtu lalu.



Menerusi sesi latihan itu, para pegawai dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan untuk menyokong dan membimbing warga muda.



"Kami senantiasa meninjau bagaimana untuk memperbaiki kurikulum dan latihan. Ini merupakan versi latihan yang telah disemak dan saya amat gembira terdapat banyak elemen yang sudahpun dipertingkat," ujarnya.



Cik Rahayu bertanggungjawab dalam memantau Bidang Tumpuan M³ yang ketiga iaitu berkaitan memperkasa belia dan pementoran.



Bidang tumpuan tersebut bertujuan membangunkan belia Melayu/Islam yang bertenaga, selain memberi inspirasi kepada setiap belia untuk terus menyumbang kembali kepada masyarakat.



Peranan mentor juga adalah untuk membantu belia mengembangkan kemahiran mereka, membuat keputusan lebih baik dan meraih perspektif baru dalam kerjaya dan kehidupan mereka.



Melahirkan harapannya, Cik Rahayu berharap lebih ramai golongan profesional dapat mendaftarkan minat mereka dengan Pejabat Pementoran Belia Singapura Mendaki untuk menjadi sebahagian daripada masyarakat mentor di Singapura.



Lebih banyak perincian boleh didapati di https://tinyurl.com/EmpowementProg2021.




"Sepanjang beberapa tahun, banyak usaha telah dijalankan untuk merekrut sukarelawan, menghasilkan kurikulum pementoran dan melatih mentor.



Saya amat terharu ramai yang sudi tampil memperuntukkan masa meski sibuk dengan tugasan lain, demi menghadiri sesi latihan.



Ramai golongan profesional dan warga dewasa muda juga telah meluangkan masa untuk melatih dan menjadi mentor kepada belia."
- Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >