Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha tangani cabaran penyedia khidmat kahwin

Kerjasama dengan DPPMS ikhtiarkan huraian
Sep 20, 2020 | 05:30 AM



KELONGGARAN sekatan selepas tempoh pemutus rantaian jangkitan (CB) bagi fasa dua telah memberi kelegaan bagi firma penyedia khidmat perkahwinan tetapi mereka masih menghadapi kesukaran.



Firma-firma penyedia khidmat perkahwinan mengharapkan lebih banyak kelonggaran dalam sekatan yang dikenakan ketika ini.



Bagi membantu mereka, firma-firma itu telah bekerjasama dengan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) untuk berbincang cara bagi menangani cabaran yang dihadapi, di samping bertemu dengan pihak berkuasa.



Dalam sesi Dialog Bersama Perniagaan Mikro yang dianjurkan Berita Minggu (BM) kelmarin bersama Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing; dan Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, cabaran dihadapi firma penyedia khidmat perkahwinan turut diutarakan dalam sesi selama satu setengah jam itu.



Pemilik Charisma Bridal and Catering, Cik Salwah Baharudin, mengongsi bahawa beliau turut mengutarakan beberapa cabaran dihadapi ketika berjumpa dengan beberapa menteri bagi melobi kelonggaran dalam industri perkahwinan.



Pemilik Puteri Wedding Services, Cik Aishah Jaafar, menyuarakan keprihatinan soal kos kerana majlis perkahwinan hanya dihadkan di tempat tertutup seperti dewan kelab masyarakat (CC), restoran atau hotel dan tidak dibenarkan di kolong blok.



Majlis perkahwinan diadakan di lokasi terkawal seperti di CC dan hotel akan memudahkan usaha menjejak kenalan jika terdapat sebarang jangkitan, kata Encik Chan.



Firma-firma juga berharap bilangan tetamu dapat ditambah daripada had 50 orang ketika ini.



"Jika kami longgarkan sekatan, kami ingin mendengar idea bagaimana bilangan tetamu dapat dikawal.



"Misalnya, jika kita benarkan lebih ramai tetamu, bagaimana kita dapat pastikan risiko penyebaran Covid-19 tidak berlaku kerana mempelai dan keluarga mempelai akan bertemu dengan tetamu-tetamu yang datang,'' kata Encik Chan.



Encik Chan menyarankan kegunaan aplikasi dan token TraceTogether agar tetamu-tetamu dapat dihubungi secepat mungkin jika penularan berlaku.



Cik Salwah berkata firma-firma tertekan apabila ramai bakal mempelai meminta wang pendahuluan mereka dipulangkan sedangkan mereka tidak mempunyai pendapatan.



Akta Covid-19 (Langkah Sementara) yang diperkenalkan Kementerian Undang-Undang (MinLaw) menasihati pelanggan yang membatalkan majlis agar berunding dengan penyedia khidmat bagi mencapai persetujuan tetapi jika tidak berjaya, panel penilaian boleh menentukannya.



Encik Chan menyatakan akta itu mengambil kira kepentingan kesemua orang dari pelanggan dan juga penyedia khidmat.



Encik Zaqy memahami kos tinggi dihadapi peniaga akibat bilangan tetamu yang terhad dan kebimbangan mereka mengenai pelanggan yang meminta wang mereka semula.



"Kami menyambut baik saranan bagaimana kami dapat imbangi kepentingan peniaga dan pasangan yang merancang majlis perkahwinan mereka semasa tempoh sukar ini,'' ujar Encik Zaqy.



Firma penyedia majlis perkahwinan juga telah bertemu dengan DPPMS untuk menyuarakan keprihatinan mereka.



Timbalan Presiden DPPMS, Encik Abu Bakar Mohd Nor, berkata peranan DPPMS semasa pandemik ini menjadi semakin penting agar mereka dapat bekerjasama dengan anggota mereka dan agensi pemerintah.



"Kami sedang bekerjasama dengan agensi pemerintah untuk mengenal pasti proses dan prosedur bagi menangani risiko dan memperkenalkan langkah keselamatan ,'' tambahnya.




CHUN SING, ZAQY TELITI KEPRIHATINAN 



"Jika kami longgarkan sekatan, kami ingin mendengar idea bagaimana bilangan tetamu dapat dikawal.

Misalnya, jika kita benarkan lebih ramai tetamu, bagaimana kita dapat pastikan risiko penyebaran Covid-19 tidak berlaku kerana mempelai dan keluarga mempelai akan bertemu dengan tetamu-tetamu yang datang."

- Encik Chan Chun Sing, Menteri Perdagangan dan Perusahaan.



"Kami menyambut baik saranan bagaimana kami dapat imbangi kepentingan peniaga dan pasangan yang merancang majlis perkahwinan mereka semasa tempoh sukar ini."
- Encik Zaqy Mohamad, Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan).




Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >