Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha tarik lebih ramai sertai sektor pengangkutan; maritim

Mar 10, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan mempergiat usaha peningkatan kemahiran dan latihan semula tenaga kerja bagi menarik lebih ramai warga Singapura memasuki sektor pengangkutan.



Antaranya, sekitar 1,000 pekerjaan bagi warga setempat dalam sektor pengangkutan laut akan diwujudkan antara 2020 dengan 2025, kata Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Encik Chee Hong Tat.



Ini termasuk pekerjaan maritim tradisional seperti pelaut dan pengurus operasi pelabuhan, dan pelbagai peranan baru seperti jurutera sofwe dan pengurus rantaian bekalan.



"Adalah penting untuk menarik lebih ramai pekerja setempat untuk mengisi kedua-dua pekerjaan pelaut atau yang di darat.



"Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) sedang menyokong industri dan kesatuan untuk menarik bakat, memupuk tenaga kerja kita, dan mengubah tempat kerja dalam maritim Singapura," kata beliau semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) kementeriannya di Parlimen semalam.



Encik Chee turut mengumumkan MPA dan rakan tiga pihak akan menyediakan tambahan $12.5 juta untuk membiayai sebuah Program Pencapaian Penting Belayar (SailMAP) baru untuk mempertingkat usaha mengekalkan pelaut setempat.



Sehingga 250 pelaut setempat boleh menerima sehingga $50,000 setiap seorang dalam tempoh lima tahun mendatang apabila mereka mencapai detik penting utama dalam kerjaya mereka.



Ia akan membantu menyokong pendapatan mereka apabila mereka tidak belayar agar mereka boleh terus mempertingkat kemahiran dan pengetahuan.



Sebahagian besar pendanaan itu akan disumbang oleh pemerintah manakala bakinya akan dibiayai Persatuan Perkapalan Singapura, Kesatuan Pegawai Maritim Singapura (SMOU) dan Pertubuhan Pelaut Singapura (SOS) sebagai sebahagian kerjasama tiga pihak.



Di samping itu, sebuah Kursus Penukaran Jurutera Mekanik Graduan akan dilancarkan Akademi Maritim Singapura (SMA) dan MPA bagi individu yang mempunyai latar belakang kejuruteraan mekanik untuk menjadi jurutera marin atas kapal dalam tempoh masa lebih pendek dari 120 minggu sekarang kepada 22 minggu.



Pemerintah juga bekerjasama dengan Reben Kuning Singapura untuk menawarkan peluang kepada banduan yang sesuai menjalani latihan bersama pengendali kapal pelabuhan sebagai jurumudi atau pemandu enjin.



Sejauh ini, lapan bekas pesalah telah meraih manfaat daripada kerjasama itu.



Sementara itu, sekitar 200 pekerja pertengahan kerjaya juga telah dibantu menjalani penukaran kemahiran sejak 2018 melalui Program Penukaran Kerjaya (CCP) dalam sektor pengangkutan laut.



Ini termasuk 30 karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) yang berjaya ditempatkan dalam peranan baru dalam 14 syarikat di bawah CCP bagi Karyawan dan Sekutu Pengangkutan Laut dipertingkat yang dilancarkan November lalu.



Bagi tenaga kerja pengangkutan darat pula, Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Dr Amy Khor, berkata pemerintah kini sedang berunding dengan pihak berkepentingan dan rakan industri untuk lebih memahami keperluan latihan pekerja sedang sistem pengangkutan darat beralih ke arah pengelektrikan kenderaan.



Di samping itu, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan melancarkan sebuah kurikulum latihan dikemaskini bagi lesen vokasional teksi dan kereta sewa privet bulan ini yang akan meliputi kenderaan elektrik dan kecekapan di jalan raya yang terkini, seperti penggunaan alat peta dan navigasi.



Bagi memastikan pekerja pengangkutan awam merebut peluang baru dalam sektor 'hijau', Akademi Bas Singapura telah melaksanakan 17 pusingan program latihan bas menggunakan bekalan tenaga mesra sekitaran sejak Disember 2019 yang melibatkan lebih 550 pekerja bas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >