Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

JELANG BULAN BAHASA

Usaha tarik minat cinta Bahasa Melayu mula tunjuk hasil

Pandemik Covid-19 turut 'berperanan', mangkin dalam pupuk kemesraan
Aug 07, 2022 | 05:30 AM



PENGGIAT dan pendorong penggunaan Bahasa Melayu di sini berasa teruja terhadap penggunaan bahasa ibunda di sini meskipun masyarakat Melayu berdepan cabaran besar dalam pemupukan minat, terutamanya di kalangan karyawan dan warga muda.



Ransangan itu lahir, kata Ketua Perancangan dan Pengembangan Koleksi (Bahasa Melayu) Lembaga Perpustakaan Negara (NLB), Cik Zubaidah Mohsen, apabila melihat adanya peningkatan dalam jumlah pinjaman bahan Melayu dan penyertaan dalam kegiatan yang dijalankan Perkhidmatan Perpustakaan Melayu (MLS) NLB.



Sebagai contoh, bahan bahasa Melayu digital yang dipinjam pada 2019 ialah sekitar 600 pinjaman tetapi pada tahun lalu, ia meningkat 10 kali ganda kepada lebih 6,000.



Pandemik Covid-19 juga telah mengalihkan kebanyakan acara ke wadah digital, sekali gus mencatat kenaikan tiga kali ganda jumlah pengikut akaun Facebook MLS kepada lebih 3,100 pengguna sejak April 2020.



"Mereka yang mengikuti kami merentasi semula kumpulan usia dan dilihat seronok menikmati kandungan dan program dalam talian seperti video prarakaman 'Masa Bercerita' bagi kanak-kanak selain memberi saranan senarai bacaan. Guru sekolah juga menggunakan video bercerita serta aktiviti yang diiringinya dalam pengajaran mereka," katanya.



Bagi penulis buku dwibahasa, Cik Norlim Samat, sokongan kini semakin baik.



Penulis buku bersiri dwibahasa 'Pengembaraan Ally' (Ally' Adventures) berkata, aktiviti yang dijalankan syarikatnya, Poppet kini menarik penglibatan peserta yang sihat.



"Oleh kerana aktiviti dwibahasa atau bahasa Melayu yang kami lakukan bersifat interaktif, kami hanya mengehadkan kepada 25 peserta sahaja. Kalau dahulu ia memakan masa sehingga seminggu sebelum semua tempat dipenuhi kini kurang sehari sudah penuh," katanya.



Tambahnya, sokongan yang diterima bagi buku "Ally at the Park" dan "Ally at the Airport" terutama dari kalangan ibu bapa yang punya anak kecil amat merangsangkan.



"Ada anak mereka baru sahaja mula bercakap tetapi mereka telah membawa ke acara kami. Ini menunjukkan mereka mahu anak mereka didedahkan kepada bahasa ibunda seawal mungkin," katanya lagi.



Usaha Berita Harian/Berita Minggu (BH/BM) menerbitkan karya sastera seperti sajak dan cerpen, juga menyaksikan sokongan meningkat di kalangan penulis tempatan yang kerap mengongsinya di wadah media sosial bagi menarik minat pembaca.



Selain itu, BH/BM juga giat terbit rencana tentang bahasa dan berita tentang aktiviti kebahasaan dan budaya Melayu di ini.



Ini disamping penglibatan aktif wartawan BH/BM dalam Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS), Jawatankuasa Bulan Bahasa, Jawatankuasa Anugerah Guru Arif Budiman (AGAB) dan pelbagai lagi bagi menggalak dan memajukan Bahasa Melayu di sini.



Menjelang acara Bulan Bahasa yang bakal dilancarkan akhir bulan ini, Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam, yang juga pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa memberitahu Berita Minggu (BM) kumpulan sasaran bagi aktiviti kebanyakannya disasarkan untuk warga muda dan keluarga.



"Kami menyajikan acara yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga berkualiti dan bermakna," katanya.



Data yang dikongsi Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) kepada BM menunjukkan terdapat peningkatan daripada segi jumlah peserta yang ikuti acara Bulan Bahasa.



Pada 2019, seramai 5,470 peserta ambil bahagian dan meningkat kepada 73,741 pada 2020.



Ini selepas majlis pelancaran Bulan Bahasa ditayangkan di televisyen dan acara beralih ke aspek digital akibat pandemik Covid-19.



Sebelum ini, jumlah penyertaan tertinggi ialah 28,907 pada 2015.



Cik Rahayu menambah penglibatan ibu bapa dan keluarga amat penting dalam usaha melestarikan bahasa dan budaya Melayu.



"Kami sekadar menyediakan ruang dan peluang tetapi ia bergantung kepada masyarakat untuk terus menghidupkan bahasa dan budaya Melayu," ujarnya.



Laporan lanjut:Telusur daya usaha perkasa Bahasa Melayu






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >