Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha terbaru Bulan Bahasa galak pelajar sebar cinta bahasa Melayu di sekolah

Apr 13, 2019 | 12:10 PM



SERAMAI 302 pelajar pelbagai peringkat dilantik sebagai Rakan Bahasa dalam satu majlis yang diadakan di Pusat Kebudayaan Cina Singapura tadi.



Kumpulan pelajar itu terdiri daripada 154 pelajar sekolah rendah, 132 pelajar sekolah menengah, enam pelajar madrasah dan 10 penuntut institusi pengajian tinggi.



Pelantikan Rakan Bahasa itu adalah sebahagian daya usaha Bulan Bahasa memupuk  rasa cinta terhadap bahasa Melayu dalam golongan belia dan menggalak mereka memperjuangkan kegiatan bahasa di sekolah mereka.



Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa, Cik Rahayu Mahzam, yang hadir selaku tetamu terhomat di acara itu, berkata beliau menggalak semua ibu bapa agar terus menggunakan bahasa Melayu bersama anak-anak mereka.



Ini supaya mereka dapat menyokong anak-anak itu mengamalkan penggunaan bahasa ibunda.



"Terima kasih kepada guru kerana mencalonkan pelajar anda, dan terlibat dalam pembelajaran bahasa Melayu mereka.



"Usaha dan kerja keras anda bukan sesuatu yang sia-sia kerana anda memupuk rasa cinta akan bahasa dan budaya Melayu," kata beliau.



Pelbagai kegiatan dan program telah dirancang bagi Rakan Bahasa tahun ini.



Antaranya ialah pertandingan Penterjemah Pintar - satu inisiatif baru - yang bertujuan menunjukkan bahawa kedwibahasaan relevan dan penting dalam kehidupan seharian Rakan Bahasa.



Pertandingan itu bakal berlangsung di Sekolah Rendah Oasis pada 17 Mei nanti.



Program lain termasuk Kembara Rakan Bahasa, iaitu kegiatan kad yang mencabar Rakan Bahasa menyelesaikan tugasan berbeza untuk mengasah kemahiran dan minat dalam bahasa Melayu.



Antara lain, rakan Bahasa juga berpeluang mencuba bakat dalam bidang kewartananan menerusi pertandingan NewsMaker.



Sempena sambutan Bicentennial Singapura, atau ulang tahun ke-200 negara ini, mereka akan diberi tugas melaporkan berita dengan topik bertemakan Singapuraku.



Pertandingan itu akan diadakan di Taman Warisan Melayu pada 22 dan 23 Mei nanti.



 



Irma Kamarudin




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >