Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha tingkat kesedaran guna PMD diteruskan

Jun 23, 2019 | 05:30 AM



Isu penggunaan alat mobiliti peribadi (PMD) semakin hangat diperkatakan dengan pelbagai kesan negatif yang telah dilaporkan baru-baru ini. Antaranya, rampasan hampir 130 alat itu oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) atas kesalahan menggunakan laluan yang salah dan menunggang melebihi had kelajuan yang ditetapkan. Isu keselamatan ini tidak akan timbul jika pengguna PMD lebih prihatin akan pengguna pejalan kaki yang lain. Ikuti laporan ERVINA MOHD JAMIL (ervinamj@sph.com.sg) dan ZULAIQAH ABDUL RAHIM (zulabr@sph.com.sg).



SEDANG isu penggunaan alat mobiliti peribadi (PMD) di sini terus hangat dibahaskan, pihak berkuasa pula giat meningkatkan usaha bagi memastikan pengguna tidak melanggar peraturan.



Hampir 130 alat mobiliti peribadi (PMD) dirampas pihak berkuasa bulan lalu sebagai sebahagian usaha mencegah pengguna daripada melanggar peraturan.



Menerusi laman Facebooknya, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata mereka telah merampas sebanyak 157 alat - 127 PMD dan 30 basikal elektrik - bagi pelbagai kesalahan termasuk tidak mematuhi peraturan dan menunggang di laluan yang salah.



Bulan lalu, pegawai LTA menangkap 325 pengguna dalam satu operasi penguatkuasaan di serata negara. Daripada 325 pengguna itu, 151 pengguna menunggang di laluan yang salah manakala 92 orang menggunakan alat yang tidak mematuhi peraturan.



Di bawah Akta Mobiliti Aktif yang mula berkuat kuasa Mei tahun lalu, PMD seseorang pengguna boleh dirampas sekiranya mereka menunggang di jalan raya, memecut atau jika alat mereka melebihi had tertentu seperti berat maksimum 20 kilogram. Antara Februari dengan April lalu, LTA telah merampas lebih 400 alat.



LTA juga kerap memuat naik kenyataan tentang operasi penguatkuasaan yang mereka jalankan bagi mencegah pengguna daripada melanggar peraturan di laman Facebook mereka kebelakangan ini.



Mereka turut berkongsi gambar PMD yang dirampas dan menasihatkan orang ramai agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.



Lebih banyak peraturan berkaitan PMD akan mula berkuat kuasa bulan depan.



Antara lain, mereka yang didapati menunggang skuter elektrik yang tidak berdaftar di laluan awam boleh didenda sehingga $2,000 atau dipenjara sehingga tiga bulan bagi kesalahan kali pertama.



LTA berkata lebih 75,000 skuter elektrik telah didaftar sejak awal tahun ini.



Baru-baru ini juga, SMRT telah meletakkan beberapa adangan besi di stesen MRT Woodlands sebagai sebahagian percubaan memastikan pengguna PMD turun dan menolak alat masing-masing dalam kawasan stesen tersebut.



Percubaan itu bermula minggu lalu dan bertujuan meningkatkan keselamatan bagi kedua-dua pengguna PMD dan orang awam.



Cara adangan disusun memastikan pengguna PMD tidak mempunyai jalan lurus untuk menunggang PMD mereka. Dalam pada itu, pihak berkuasa juga sedang mempertimbang langkah lain untuk menjadikan penggunaan PMD lebih selamat.



Sebelum ini, Menteri Negara Kanan Pengangkutan merangkap Kesihatan, Dr Lam Pin Min, mengumumkan bahawa majlis bandaran sedang berbincang dengan pemerintah tentang kemungkinan melarang PMD dan basikal dari kawasan di mana kemalangan kerap berlaku di estet perumahan.



Beberapa Anggota Parlimen (AP) juga pernah berucap di Parlimen tentang langkah melarang PMD di kawasan tertentu bagi mengelak daripada perselisihan antara pengguna PMD dengan pejalan kaki.



Sesetengah warga juga menggesa Singapura mengikut jejak langkah Perancis dan Jerman yang telah melarang penggunaan skuter elektrik di laluan pejalan kaki bulan lalu. Namun, LTA berkata larangan sedemikian bukan penyelesaian dalam isu ini dan mereka akan mengambil pendekatan yang lebih menyeluruh termasuk penguatkuasaan, pendidikan awam dan prasarana yang dipertingkat.



Khamis lalu, LTA mengumumkan ia sedang berusaha memperbaiki aplikasi MyTransport.SG untuk memudahkan orang ramai memberi maklum balas berkenaan PMD yang tidak bertanggungjawab.



Mereka yang melihat pengguna yang tidak menunggang PMD mereka dengan selamat atau bertanggungjawab boleh terus memberi maklum balas melalui http://www.lta.gov.sg/feedback.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >