Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usahawan ingin bantu bekas banduan kembali ke pangkal jalan

Jan 07, 2021 | 05:30 AM



SEMASA menjalani hukuman penjara pada 2012, Encik Mohamed Helmi Mohamed bertekad mengubah kehidupannya.



Walaupun sebelum ini beliau hanya pekerja kilang dan pekerja penghantaran, berkat usaha gigih dan semangat yang kental, Encik Helmi, 38 tahun, berjaya memulakan perniagaannya sendiri.



Beliau kini pengarah urusan W&F Motoring, sebuah syarikat pengedar kereta.



Menceritakan zaman silamnya, Encik Helmi berkata kehidupannya mula menempuhi titik hitam apabila beliau bekerja di sebuah syarikat.



"Ketika saya sedang menjalani latihan untuk bekerja di syarikat itu dulu, saya dapati mereka melakukan perkara yang salah tetapi mereka tidak ditangkap.



"Jadi oleh itu, saya pun cuba melakukan kerja yang salah itu.



"Tetapi lama kelamaan, apabila saya tidak ditangkap, saya pun mula berani terus melakukan perkara yang buruk itu," kata Encik Helmi yang sudah berumahtangga.



Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ke tanah juga.



Beliau akhirnya ditangkap pada 2012 dan dihukum penjara selama lima tahun. Beliau keberatan mendedahkan jenayah yang dilakukannya.



Kesal akan kesilapannya itu, Encik Helmi menyertai program Kumpulan Sokongan Masyarakat Sukarelawan di mana banduan-banduan yang lain dapat mempelajari mengenai pelbagai perkara seperti merancang untuk masa hadapan mereka setelah tamat hukuman mereka.



Encik Helmi dapat menetapkan matlamat khusus yang boleh diukur serta tempoh untuk mencapai matlamatnya itu.



"Apabila saya melihat keluarga saya, saya mula untuk fikir sampai bila ibu bapa saya perlu menjaga saya. Ketika itu, saya sudah berusia 30 tahun.



"Bila saya fikirkan itu, saya mula berniat untuk berubah kerana inilah masanya untuk saya pula menyokong mereka.



"Dengan pengalaman menjual kereta bersama syarikat bapa saya ketika saya berada di NS (Perkhidmatan Negara) dulu, saya memikirkan bagaimana saya boleh membuka syarikat saya sendiri dan terus menyara keluarga saya," katanya.



Walaupun ramai yang buruk sangka beliau akan kembali dengan tabiat buruknya setelah dibebaskan dari penjara pada 2017, anak sulung tiga beradik itu menganggap prasangka sedemikian sebagai cabaran untuk membuktikan pandangan itu salah.



Kini beliau ingin menjadi mentor kepada bekas banduan yang mahu kembali ke pangkuan jalan.



Bagi menyokong mereka, beliau menawarkan pekerjaan kepada golongan tersebut, dan kini mempunyai tiga kakitangan sepenuh masa.



"Memang agak sukar perjalanan ini, tetapi dengan sokongan yang baik, saya percaya sesiapa boleh berubah.



"Yang penting adalah kita berdoa, ikhtiar dan tawakkal.



"Perubahan ini bukan sesuatu yang kita boleh lakukan semalaman. Ia adalah proses yang lama jadi InsyaAllah, kita akan terus berusaha ke arah kebaikan," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >