Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usahawan kongsi pengalaman dijangkiti Covid-19, nasihat yang lain usah ambil ringan

Apr 13, 2020 | 05:30 AM



TEMPOH paling sukar yang pernah dilalui sepanjang hayatnya ialah semasa 16 hari beliau bertarung nyawa melawan Covid-19 di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID).



Usahawan, Encik Bambang Sugeng Kajairi, 55 tahun, mula mengalami simptom dan kemudian diuji positif bagi virus selepas pulang dari Britain hujung Mac lalu.



Beliau ke sana selama lima hari bagi satu lawatan perniagaan penting dan untuk membawa pulang putera tunggalnya yang menuntut di negara itu, di tengah-tengah keadaan pandemik koronavirus yang bertambah teruk.



"Ini adalah tempoh paling sukar dalam hidup saya, dan saya harap tiada sesiapa yang harus laluinya.



"Badan anda benar-benar perlu berlawan. Melawan demam, melawan pneumonia, melawan dapatkan oksigen untuk bernafas. Minda anda mula berhalusinasi dan anda tidak tahu apa yang sedang berlaku," ujar pengarah syarikat pengilang rawatan air Aqua Munda itu.



Mengongsi perjuangannya bersama Berita Harian, Encik Bambang berkata lapan hari pertama di NCID merupakan detik paling mencabar.



Suhu badan beliau melonjak tinggi dan untuk beberapa hari, ia kekal antara 39 hingga 40 darjah Celsius.



Mindanya mula berhalusinasi, pernafasan menjadi sukar dan Encik Bambang terpaksa bergantung kepada mesin oksigen.



Beliau juga rasa senang penat dan tidur malam sering kali tidak lena.



Encik Bambang kemudian diberitahu beliau menghidap pneumonia.



"Terus terang, ada satu hari saya menangis. Saya tanya pada diri sendiri, 'Saya telah cuba segala rawatan tetapi kenapa keadaan saya tidak bertambah baik?'".



Namun, beliau kekal yakin bahawa sistem penjagaan kesihatan di Singapura, yang bertaraf dunia, dapat menyembuhnya.



"Dari doktor ke jururawat, mereka tidak henti-henti beri saya semangat dan keyakinan yang saya boleh pulih," katanya.



Berbekalkan juga doa keluarga dan rakan-rakan, Encik Bambang telah dibenarkan pulang beberapa hari lalu.



Ini selepas beliau memilih menjalani satu ujian percubaan klinikal bagi satu ubat, yang menyebabkan suhu badannya merosot.



"Tidak dapat kira berapa kali mereka ucapkan alhamdulillah," kongsinya, yang kini sedang berehat di rumah.



Malangnya, isteri Encik Bambang, Cik Sarinah Terimo, 53 tahun, juga diuji positif bagi Covid-19 pada 31 Mac dan kini diasingkan di kemudahan kuarantin pemerintah D'Resort NTUC di Pasir Ris.



Pasangan itu telah ke London bersama bulan lalu namun pada awalnya, Cik Sarinah diuji negatif.



"Dia mungkin jangkiti virus dari saya," kata Encik Bambang, yang menganggap detik itu amat "menyedihkan".



"Apa yang saya pelajari (dari pengalaman ini) adalah kita tidak boleh ambil sambil lewa. Saya memakai pelitup sepanjang penerbangan saya tetapi saya tetap dijangkiti virus ini," tambahnya.




"Ini adalah tempoh paling sukar dalam hidup saya, dan saya harap tiada sesiapa yang harus laluinya. Badan anda benar-benar perlu berlawan. Melawan demam, melawan pneumonia, melawan dapatkan oksigen untuk bernafas. Minda anda mula berhalusinasi dan anda tidak tahu apa yang sedang berlaku."
- Encik Bambang Sugeng Kajairi, setelah 16 hari bertarung nyawa melawan Covid-19 di NCID.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >