Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usahawan muda ajak belia selami dunia niaga

Feb 07, 2022 | 05:30 AM



TEKNOLOGI, pembangunan belia dan pendidikan keusahawanan adalah tiga bidang yang dekat hati pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif Reactor School, Encik Khairul Rusydi.



Menggabungkan tiga bidang itu dalam kerjayanya, Encik Khairul Rusydi, 32 tahun, telah menubuhkan Reactor School yang mereka bentuk dan membangunkan program pendidikan keusahawanan buat pelajar berusia 13 hingga 24 tahun.



Program Reactor membolehkan pelajar menyelami persekitaran start up, supaya mereka belajar berasa 'selesa' dengan suasana ketidakpastian.



Beliau telah memulakan Reactor School bersama dua pengasas sama yang lain, Encik Lim Weiyuan dan Encik Ian Low, semasa di universiti.



Kini, Reactor School bekerjasama dengan lebih 200 sekolah menengah dan universiti di rantau ini, termasuk Hong Kong dan sejauh Dubai.



"Kami rasa walaupun setiap pelajar tidak semestinya menjadi seorang usahawan, setiap pelajar harus memupuk sikap keusahawanan," kata Encik Khairul Rusydi, anak sulung dalam tiga beradik.



Encik Khairul Rusydi ialah lulusan jurusan kimia biologi dan kimia dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) pada 2014, dan merupakan penerima biasiswa Enterprise Singapore.



Semasa di universiti, beliau berpeluang menyertai Projek Ekspedisi Belia (YEP) anjuran Majlis Belia Kebangsaan (NYC).



Ia juga memutik semangat beliau untuk menyumbang pada pembangunan belia.



PUPUK KEUSAHAWANAN DALAM BELIA



Biarpun sibuk mengendalikan Reactor School, Encik Khairul Rusydi telah menyumbang dalam panel Pelan Tindakan Belia Singapura (SG YAP), anjuran Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dan NYC.



Panel tersebut memperjuangkan pelbagai isu pelibatan belia, termasuk kemampanan, kesihatan mental dan mencari lebih banyak ruang inklusif untuk belia bertemu dan bekerjasama.



Kata Encik Khairul Rusydi: "Saya ghairah menyumbang pada panel SG YAP kerana ia membolehkan saya bekerja dengan pelbagai pertubuhan sektor belia untuk impak yang telah saya lakukan dalam pendidikan.



"Sebagai sebahagian daripada YAP, pasukan saya menganjurkan acara Hackathon Polisi Edu2025. Salah satu idea acara hackathon itu adalah untuk membina satu lagi jenis rangka kerja pendidikan keusahawanan nasional."



Encik Khairul Rusydi juga pernah menjadi mentor dan konsultan bersama Cabaran Tindakan Belia (YAC) selama melebihi tiga tahun.



YAC adalah satu wadah di bawah SG YAP yang memberi para belia peluang untuk mengambil tindakan dan kembali menyumbang pada masyarakat dengan idea unik tersendiri.



Beliau merupakan anggota panel yang terlibat dalam program Vision 2025, di mana beliau terlibat dalam proses wawasan, dan membimbing beberapa pasukan semasa berkhidmat di YAC. Beliau turut bersemangat menerapkan nilai-nilai keusahawanan di kalangan belia.



Melalui pengalaman beliau bekerjasama dengan golongan belia, Encik Khairul Rusydi mendapati bahawa generasi Z, generasi zoomer yang membesar dalam persekitaran teknologi tinggi, mula sedar bahawa mereka akan mewakili tenaga kerja yang global dan berjauhan.



Persaingan bakat sangat sengit dan para belia mungkin berasa ketinggalan jika mereka tidak boleh akses peluang sedemikian.



Akibat Covid-19, pengembaraan terpaksa dihentikan buat seketika kini dan pelajar tidak berupaya belajar di luar negara semudah dahulu.



"Beberapa pelajar yang saya bekerjasama mula berasa letih dengan Universiti Zoom (pembelajaran melalui Zoom). Maka, saya fikir kita perlu menceburi model hibrid secepat mungkin yang menggabungkan pembelajaran 'virtual' dan interaksi bersemuka," kata Encik Khairul Rusydi.



CIPTA PELUANG DI PERINGKAT SERANTAU



Lantaran itu, beliau menyarankan warga muda Singapura untuk mempelajari bahasa Asean yang lain.



Ini kerana ada banyak peluang ekonomi di Asia Tenggara dan mereka perlu belajar bekerja di zon waktu dan budaya berbeza supaya mereka dapat bekerja dengan berkesan dengan pasukan serantau, menurut Encik Khairul Rusydi.



Bagi membantu belia setempat mendapat pengalaman pekerjaan dengan syarikat di Asia Tenggara, Reactor School telah melancarkan program AEP-Edisi Keusahawanan (AEP-EE), di mana para belia Singapura dari institut pengajian tinggi boleh menjalani pengalaman pekerjaan secara 'virtual' bersama syarikat teknologi dan start up dari Indonesia, Thailand dan Vietnam.



Pelajar juga boleh menjalani pekerjaan secara sambilan apabila mereka tetap perlu menghadiri kelas.



Program AEP-EE telah dicipta untuk pengasas dan pengusaha bercita-cita tinggi yang mahu mengenal pasti peluang teknologi dan mempelajari tentang wilayah. Tujuan program ini adalah untuk mempunyai lebih banyak start up di jejak serantau.



Misalnya, sebuah syarikat boleh mempunyai Ketua Pegawai Teknologi (CTO) dari Vietnam, Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) dari Singapura dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) dari Indonesia.



Syarikat sebegini boleh mencipta lebih banyak pekerjaan dan membantu komuniti setempat di ketiga-tiga negara.



Selain itu, Encik Khairul Rusydi juga menyarankan warga muda Singapura agar membina portfolio projek-projek yang mereka kecapi, di dalam dan luar sekolah.



Menjelaskan pentingnya membina portfolio projek sendiri, Encik Khairul Rusydi berkata:



"Syarikat start up dan teknologi kini memimpin proses pengambilan pekerja berdasarkan kemahiran yang ditunjukkan, dan bukan melalui gred akademik. Kami mahu menukarkan penekanan pada gred akademik dengan menerajui start up teknologi."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >