Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan

Usahawan muda contoh belia jadi penggerak di tengah pandemik

Mar 03, 2022 | 05:30 AM



SETIAUSAHA Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam berkata Belanjawan tahun ini merupakan peluang berkongsi tentang individu yang telah bekerja keras secara senyap-senyap untuk memperbaiki kehidupan masyarakat setempat selain menyumbang kepada pembangunan negara.



Semasa ucapan perbahasannya mengenai Belanjawan 2022 di Parlimen semalam, Cik Rahayu memberi contoh Encik Hafiz Kasman sebagai antara individu ini.



Encik Hafiz membentuk firma pemula Kinobi, sebuah wadah digital mempercepat kerjaya pada 2020 di tengah-tengah pandemik Covid-19, selepas memerhatikan ramai mahasiswa berdepan dengan ketidaktentuan apabila melangkah ke dunia pekerjaan selain menyedari kurangnya sokongan untuk golongan tersebut.



Beliau mengasaskan syarikat pemula itu bersama dua rakannya, Encik Benjamin Wong dan Encik Joshua Phua di mana mereka mula menganjurkan webinar yang membimbing dan berkongsi tentang model peranan kerjaya selain memberi petua kepada karyawan muda serta lulusan baru tentang cara memasuki industri yang berbeza.



Dalam pada itu, Encik Hafiz juga merupakan Pengerusi Bersama Perikatan untuk Bertindak (AfA) Pementoran selain menyelia program 'Mara Mentoring', salah sebuah program di bawah M Kuasa Tiga (M3).



Program itu bertujuan membantu mempermudah dan menyediakan wadah berinteraksi yang lebih dekat antara mahasiswa dengan golongan karyawan industri yang menjadi mentor mereka.



"Penyediaan sokongan untuk belia kita kekal penting dan masih diperlukan. Selain daripada bimbingan kerjaya, pementoran juga harus menjadi bidang yang pemerintah perlu terus bangunkan," kata Cik Rahayu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >