Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usahawan muda raih sambutan hangat di bazar Raya Geylang Serai

Sedia hadapi risiko niaga meski harga sewa gerai terus meningkat
May 27, 2018 | 05:30 AM



MESKIPUN tahun demi tahun harga sewa gerai terus meningkat, beberapa usahawan muda dan baru berani mengambil risiko mencuba berniaga di bazar Raya di Geylang Serai.



Bagi beberapa usahawan ini, bazar tersebut merupakan satu wadah baik untuk mereka menguji pasaran dan sambutan terhadap produk mereka selain menguji bakat perniagaan mereka.



Malah, beberapa usahawan itu mengongsi dengan Berita Minggu baru-baru ini bahawa mereka telah meraih respons yang memberangsangkan dalam minggu pertama berniaga di bazar itu dan yakin penjualan akan bertambah baik sepanjang Ramadan ini.



Misalnya, gerai Beef Bro, yang dimiliki selebriti Danial Ashriq dan rakan niaganya, Encik Norvan Tan, melihat deretan pelanggan yang beratur tidak putus-putus.



Encik Tan bahkan mengongsi bahawa gerai itu, yang terkenal dengan daging dadu Mentaikonya, laris dijual setiap hari sejak mula berniaga.



"Secara jujurnya kami tidak sangka responsnya amat baik. Pada hari pertama kami bermula dengan 50 kilogram daging dan ia habis dijual.



"Pada hari kedua dan ketiga, kami menyediakan 50 kilogram daging dan ia habis dijual. Kini, kami menyediakan 100 kilogram daging dan itu pun habis dijual," kata beliau.



Encik Tan menambah bahawa pengalamannya berniaga di bazar sejauh ini melibatkan banyak percubaan, namun beliau mempunyai harapan tinggi.



"Bahkan, kami kini menjangkakan menjual habis 100 kilogram daging setiap hari. Menjelang minggu terakhir Ramadan, kami akan menambahkannya kepada 200 kilogram sehari," kata beliau.



Pemilik shakedNbaked, Encik Muhd Taufiq Hidayat Humdy, yang lebih dikenali sebagai Encik Atiq dalam kalangan pelanggannya, pula mengongsi beliau berniaga di bazar kerana ingin menguji pasaran sebelum memutuskan sama ada mahu membuka kedai secara fizikal.



Perniagaan makanan berusia enam bulan itu, yang terkenal dengan burgernya dinamakan Monster Burger yang menampilkan tiga pati daging, berjaya menjual purata 200 hingga 300 burger setiap hari dan berharap jumlah itu akan terus meningkat sepanjang Ramadan ini.



"Saya berharap dapat menemui lebih ramai pelanggan saya dan mengenali mereka dan mengongsi dengan mereka tentang burger kami.



"Disebabkan saiz burger kami, amat sukar pelanggan membungkus dan membawanya pulang. Oleh itu, saya ingin membuka kafe pada masa depan agar pelanggan dapat makan dan menikmatinya dengan lebih baik lagi," kata beliau.



Tahun demi tahun dilaporkan bahawa harga sewa gerai di bazar Geylang Serai terus meningkat, dengan kos sewa dilaporkan mencapai $20,000 tahun ini.



Namun begitu, kejayaan berniaga di Geylang Serai membuat beberapa peniaga kembali setiap tahun ke bazar itu.



Misalnya, pemilik bersama The Raclette Factory, Encik Edward Koh Jun Wei, berkata mereka tampil buat kali kedua tahun ini kerana mendapat sambutan baik tahun lalu.



"Tahun lalu kami mendapat sambutan yang luar biasa dengan barisan pelanggan yang ramai. Oleh itu, tahun ini sekali lagi kami membuka gerai di bazar Geylang," kata Encik Koh.



Antara menu popular The Raclette Factory ialah keju raclette dari Perancis, yang dibakar dan dihidangkan bersama sosej ayam dan lempeng kentang.



Seorang lagi peniaga, Encik Syed M. Rahman, juga kembali ke bazar di Geylang Serai tahun ini tetapi dengan menawarkan menu yang berbeza.



Jika tahun lalu beliau menjual aiskrim, tahun ini pula beliau menawarkan menu yang agak unik iaitu makanan dan minuman yang disajikan dalam baldi kecil.



Gerai Chef Syed X Meatballs In A Bucket by Sofnade itu antara lain menyediakan menu mi kuah tulang dan bebola daging ayam dengan kuah sate dalam baldi kecil.



"Kami pilih kembali ke Geylang Serai agar dapat membawakan makanan kepada orang ramai yang ke sana memandangkan setiap tahun bazar dalam bulan Ramadan mendapat banyak sambutan," kata Encik Syed.



Demi memastikan makanan yang dijual segar dan panas, Encik Syed berkata, kuah yang sudah dimasak akan dipanaskan semula bagi memasukkan bahan-bahan seperti sayur dan telur.



"Kami akan masak setiap kali mendapat pesanan daripada pelanggan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >