Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Usahawan penuhi permintaan khidmat hantaran

Beberapa syarikat buat penyesuaian manfaat peluang kesan peningkatan perniagaan dari rumah
Jan 13, 2021 | 05:30 AM



DENGAN pelbagai pilihan makanan daripada perniagaan dari rumah (HBB) yang semakin meningkat sepanjang tempoh penularan Covid-19 di Singapura, terdapat juga peningkatan dalam permintaan perkhidmatan penghantaran.



Beberapa perkhidmatan penghantar yang dihubungi Berita Harian berkata mereka telah melihat peningkatan sebanyak 90 peratus untuk khidmat mereka sejak tahun lalu.



Untuk memenuhi permintaan tersebut beberapa syarikat perkhidmatan penghantar kecil-kecilan telah memperluaskan perkhidmatan mereka dalam bidang tersebut.



Selain itu, ada yang mengambil kesempatan untuk memulakan syarikat baru untuk mengisi jurang dalam pasaran.



Walaupun industri ini kelihatan kecil, mereka percaya bahawa ia mempunyai potensi besar untuk terus berkembang.



Antara mereka adalah El Evento Co Logistics.



Pengurus perkhidmatan pelanggan El Evento Co Logistics, Cik Nooradilah Omar, mengambil langkah berani mengubah syarikat penganjuran acara menjadi syarikat pengiriman barang pada April tahun lalu, sedang beliau menjangkakan bahawa penularan Covid-19 akan berlarutan agak lama.



Syarikat itu telah meluaskan klien khidmat penghantarannya, daripada syarikat komersial sahaja, kepada perniagaan HBB juga.



Sejak perniagaan HBB dibenarkan beroperasi semula pada bulan Jun tahun lalu, Cik Nooradilah menjelaskan beliau telah mendapat sebanyak lima permintaan sebut harga daripada HBB setiap minggu untuk khidmat penghantaran hingga sekarang berbanding kepada hanya satu atau tidak ada langsung.



"Pada awalnya kami hanya menawarkan khidmat kepada syarikat komersial sahaja, tetapi setelah HBB dibenarkan berniaga semula, saya dan suami saya mula gelabah kerana permintaan sangat tinggi.



"Sehingga kami perlu mencari penghantar sambilan untuk bekerja bersama kami dan bantu memenuhi permintaan khidmat kami," kata beliau yang berusia 36 tahun.



Walaupun beliau kini juga kembali menganjurkan acara berskala kecil dengan kelonggaran peraturan, Cik Nooradilah berkata ia telah memberinya peluang untuk mengembang syarikatnya dan mendapat pendapatan tambahan di tengah-tengah ekonomi yang mencabar ini.



Syarikat penghantaran, LARI, pula yang hanya bermula dengan 10 pelanggan yang melanggan perkhidmatan mereka, kini mempunyai seramai 20 pelanggan.



Ini termasuk seramai 18 HBB menggunakan perkhidmatan mereka, dengan sekerap 50 puluh penghantaran setiap bulan.



Dimulakan tahun lalu sebagai usaha untuk membantu golongan profesional yang terjejas akibat Covid-19, pengasas syarikat LARI, Cik Niki Mohamed bahawa ramai HBB akan terus memerlukan perkhidmatan mereka kerana mereka menawarkan perkhidmatan yang khusus.



Ini termasuk penghantaran barangan yang cepat rosak.



"Saya dapati bahawa ramai klien sering mengongsi isu-isu yang mereka telah alami apabila mengambil khidmat penghantaran yang biasa.



"Contohnya, kek atau makanan yang mereka hantar rosak atau khidmat penghantaran yang lambat.



"Sebagai perkhidmatan penghantaran butik, kami dapat menjadi huraian bagi masalah mereka mengalami dengan menawarkan khidmat yang sesuai dengan lebih teliti dengan apa yang mereka perlukan," kata Cik Niki yang kini melakukan penghantaran bagi barangan seperti susu, kek dan aiskrim.



Dengan lebih daripada 100 penghantar sambilan di bawah LARI, Cik Niki berkata pelanggannya boleh mendapat akses kepada khidmat penghantaran yang cepat.



Berkongsi pandangan yang sama, Cik Nooraini Mohamed Dahlan, Pengurus Operasi, AbangKourier, menjelaskan dengan permintaan yang semakin meningkat ini, ia penting untuk menawarkan khidmat yang mempunyai nilai tambahan bagi pelanggan mereka.



Menurutnya, sebelum penularan Covid-19 mereka mempunyai seramai 12 pelanggan HBB yang menggunakan khidmatnya dengan kerap.



Kini mereka mempunyai seramai 27 pelanggan HBB yang menggunakan khidmat mereka setiap minggu atau secara tetap.



Dengan seramai 90 peratus daripada pelanggan yang melanggan khidmat mereka merupakan HBB, Cik Nooraini kini merancang untuk mewujudkan sistem yang membolehkan pelanggan dan pemilik HBB menjejaki barang mereka.



"Buat sementara ini, pentadbir kami merupakan individu yang memaklumkan sekiranya barangan mereka sudah sampai dengan selamat ke destinasi.



"Dengan sistem baru ini, ia membolehkan proses penghantaran ini menjadi lebih lancar, walaupun kami mempunyai banyak kerja penghantaran untuk dilakukan," ujarnya.



Walaupun keadaan Covid-19 semakin pulih dan terdapat lebih banyak peluang bagi orang ramai berkumpul di luar, perkhidmatan penghantar yang diwawancara tetap menjangkakan bahawa industri ini akan terus berkembang dalam masa akan datang.



Dengan bilangan pelanggan HBB yang meningkat, perkhidmatan penghantar ini tetap mempunyai sikap positif dan semangat kental untuk menjadi sebahagian daripada industri yang berkembang ini.




"Pada awalnya kami hanya menawarkan khidmat kepada syarikat komersial sahaja, tetapi setelah HBB dibenarkan berniaga semula, saya dan suami saya mula gelabah kerana permintaan sangat tinggi. Sehingga kami perlu mencari penghantar sambilan untuk bekerja bersama kami dan bantu memenuhi permintaan khidmat kami,"
- Pengurus perkhidmatan pelanggan El Evento Co Logistics, Cik Nooradilah Omar.



"Saya dapati bahawa ramai klien sering mengongsi isu-isu yang mereka telah alami apabila mengambil khidmat penghantaran yang biasa. Contohnya, kek atau makanan yang mereka hantar rosak atau khidmat penghantaran yang lambat. Sebagai perkhidmatan penghantaran butik, kami dapat menjadi huraian bagi masalah mereka mengalami dengan menawarkan khidmat yang sesuai dengan lebih teliti dengan apa yang mereka perlukan."
- Pengasas syarikat LARI, Cik Niki Mohamed.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >