Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SALAM LEBARAN

Usahawan tempatan galak beraya

Jun 20, 2018 | 05:30 AM



MEREKA merupakan antara peniaga yang begitu sibuk menjalankan perniagaan di bazar sepanjang Ramadan.



Justeru tiba Syawal, mereka meraikan Hari Raya dengan penuh kesyukuran, tanpa lupa meluahkan rasa penghargaan kepada keluarga yang memberikan sokongan dan kakitangan yang telah berpenat lelah membantu memastikan kejayaan perniagaan.



Usahawan Fatimah Mohsin misalnya, telah menerima kunjungan teman-teman dan pekerjanya yang telah berpenat lelah membantu menjayakan gerai barangan hiasan, Propupstore, yang didirikan di bazar City Plaza, Our Tampines Hub dan Bazar Lambak Raya di Bix Box di Jurong.



Menerusi perkongsian catatannya di Facebook, Fatimah berkata beliau telah melakukan terbaik untuk melayani para pelanggannya.



Dalam satu lagi perkongsian, beliau menulis: "Terimakasih... kawan-kawan yag telah mengorbankan masa dan berusaha gigih. Terima kasih kepada suami mereka yang sangat memahami."



Pemilik butik Mona J, Cik Mona Ali, yang turut mengendalikan gerai di Big Box pula pada hari raya sekeluarga mengenakan songket yang sememangnya menjadi ikon pakaian yang dipromosikan.



Di Facebook, beliau turut berkongsi rasa bangga apabila pelanggan bergaya mengenakan kurung songket demi melestarikan pakaian tradisional Melayu.



"Melihat wajah ceria menjadi kebanggaan dan kejayaan kepada saya," tulis Cik Mona Ali.



Pengendali bazar di Wisma Geylang Serai, Encik Syah Ibrahim pula memilih pakaian berwarna jingga sedondon dengan keluarga. Hari Raya menjadi lebih meriah baginya kali ini kerana ibu mentuanya serta kakak iparnya dari Jakarta turut terbang ke Singapura untuk berlebaran bersama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >