Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Usia bersara naik secara bertahap kepada 65 tahun, pengambilan semula kerja kepada 70 tahun

Nov 02, 2021 | 05:30 AM



USIA persaraan dan pengambilan bekerja semula masing-masing akan dinaikkan secara berperingkat kepada 65 tahun dan 70 tahun di bawah undang-undang untuk menyokong rakyat Singapura lanjut usia yang ingin terus bekerja.



Sementara itu, beberapa peraturan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) akan diperhalusi untuk menjadikan ia lebih mudah bagi pencarum menerima bayaran persaraan mereka.



Ini adalah antara pindaan kepada Akta Persaraan dan Pengambilan Bekerja Semula dan Akta CPF yang dibentangkan Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, di Parlimen semalam.



Menyentuh tentang kenaikan usia persaraan dan pengambilan bekerja semula, Dr Tan berkata proses itu akan bermula pada 1 Julai tahun depan di mana usia persaraan akan dinaikkan kepada 63 tahun manakala usia pengambilan bekerja semula pula 68 tahun.



Perubahan pada usia tersebut adalah sejajar dengan saranan yang dibuat Kumpulan Kerja Tiga Pihak mengenai Pekerja Lanjut Usia pada 2019, yang mencadangkan usia persaraan dinaikkan kepada 65 tahun dan usia pengambilan bekerja semula kepada 70 tahun menjelang 2030 secara berperingkat.



"Saya ingin memberi jaminan kepada para Anggota bahawa kenaikan usia persaraan dan pengambilan bekerja semula memberikan fleksibiliti kepada pekerja lanjut usia bekerja lebih lama, tetapi tidak memaksa mereka melakukan demikian.



"Mereka yang tidak mahu terus bekerja tidak perlu berbuat demikian, dan boleh menikmati persaraan mereka," kata Dr Tan dalam bacaan kedua rang undang-undang itu.



Dr Tan turut menekankan bahawa perubahan itu tidak akan menjejas dasar dan usia pengeluaran CPF semasa, dengan pencarum tetap boleh mengeluarkan sekurang-kurangnya $5,000 pada usia 55 tahun dan mula menerima bayaran CPF daripada usia 65 tahun.



Sementara itu, beberapa peraturan CPF yang akan diperhalusi antara lain akan membolehkan pencarum dalam Skim Jumlah Persaraan secara automatik terus menerima bayaran daripada simpanan Akaun Biasa dan Khas mereka sekiranya simpanan dalam Akaun Persaraan sudah habis.



Buat masa ini, pencarum perlu memohon untuk memindahkan wang dalam Akaun Biasa dan Khas ke Akaun Persaraan apabila simpanan dalam Akaun Persaraan sudah habis.



Perubahan lain termasuk memberikan pelepasan cukai kepada si pemberi dan bukan si penerima apabila tokokan dibuat di bawah skim Sumbangan Sukarela ke Akaun Medisave.



Had pelepasan cukai juga akan dinaikkan kepada $8,000 bagi gabungan kedua-dua skim itu dan inisiatif Tokokan Jumlah Persaraan.



Antara lain, tempoh di mana wang CPF dikekalkan selepas seorang pencarum meninggal dunia akan dipendekkan kepada enam bulan berbanding tempoh sehingga tujuh tahun sekarang.



Ini akan dimulakan pada April tahun depan.



"Ini adalah sejajar dengan usaha berterusan untuk mengagihkan aset sedemikian dengan lebih cepat," kata Dr Tan.



Semasa perbahasan pindaan tersebut, Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Encik Abdul Samad Abdul Wahab, telah menyarankan pemerintah membuat kajian sama ada wang CPF pekerja boleh dikeluarkan lebih awal bagi mereka yang memilih bersara sebelum had usia yang ditetapkan.



"Ini dapat meringankan perbelanjaan mereka pada waktu itu agar mereka dapat melayari kehidupan dengan wang hasil usaha mereka sewaktu mereka bekerja dahulu.



Sementara itu, AP pekerja, Encik Patrick Tay (Pioneer), pula telah memberikan beberapa saranan untuk dipertimbangkan pemerintah berhubung pengambilan bekerja semula pekerja lanjut usia.



Ini seperti menghendaki majikan menyatakan secara bertulis sebab bagi perubahan kepada kontrak pengambilan bekerja semula dan/atau tidak mengambil bekerja semula pekerja lanjut usia.



"Ini demi mengelakkan situasi di mana syarikat secara sepihak menawarkan potongan gaji yang besar atau pengurangan dalam manfaat pekerjaan kepada pekerja lanjut usia, dengan berpura-pura merunding semula syarat pekerjaan dengan pekerja lanjut usia sementara menjangkakan standard dan hasil kerja yang sama daripada pekerja lanjut usia," kata beliau.



Perbahasan diteruskan hari ini.




"Saya ingin memberi jaminan kepada para Anggota bahawa kenaikan usia persaraan dan pengambilan bekerja semula memberikan fleksibiliti kepada pekerja lanjut usia bekerja lebih lama, tetapi tidak memaksa mereka melakukan demikian.



Mereka yang tidak mahu terus bekerja tidak perlu berbuat demikian, dan boleh menikmati persaraan mereka."
- Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >