Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usia minimum program pemulihan di rumah bagi pesakit Covid-19 kini tiga tahun

Nov 09, 2021 | 05:30 AM



USIA minimum bagi pesakit Covid-19 yang layak menjalani program pemulihan di rumah akan dikurangkan daripada lima kepada tiga tahun mulai esok.



Semua kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas akan dibenarkan menjalani pemulihan di rumah jika sekitaran rumah mereka sesuai, kata Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 semalam.



Kanak-kanak ini akan menjalani penilaian teleperubatan oleh pakar pediatrik masyarakat atau hospital.



Bayi dan kanak-kanak dari usia tiga bulan hingga bawah tiga tahun juga akan dibenarkan menjalani pemulihan di rumah, selepas mereka dinilai secara klinikal di hospital, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataannya.



Sementara itu, bayi di bawah usia tiga bulan yang dijangkiti Covid-19 akan terus dimasukkan ke hospital.



Program pemulihan di rumah membolehkan sumber penjagaan kesihatan memberi tumpuan yang lebih baik kepada pesakit yang amat memerlukan, tanpa menjejaskan penjagaan mereka yang mungkin lebih muda yang tidak menunjukkan sebarang simptom atau mengalami simptom ringan.



Sehubungan itu, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung berkata sebuah jawatankuasa pakar akan membuat cadangan sama ada untuk melanjutkan vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun mulai separuh kedua bulan ini.



Beliau mendedahkan demikian menyusuli keputusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat baru-baru ini bagi memberikan kelulusan penggunaan vaksin Pfizer untuk kanak-kanak dalam kumpulan usia tersebut.



Bercakap di sidang media MTF, Encik Ong berkata FDA AS membuat keputusannya selepas Pfizer menjalankan ujian klinikal dan mengesyorkan bahawa kanak-kanak dalam kumpulan usia tersebut layak menerima satu pertiga daripada dos penuh dewasa.



Mereka masih akan mendapat dua dos berasingan.



"Kajian di AS menyimpulkan bahawa vaksinasi untuk kumpulan ini adalah selamat dan berkesan berdasarkan pengurangan dos formula vaksin yang diberikan kepada dewasa," kata beliau.



Beliau menambah jawatankuasa pakar Singapura mengenai vaksinasi Covid-19 telah mengkaji data itu dan menilai secara keseluruhan, bahawa ia mendatang manfaat untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun mendapatkan vaksin, terutamanya dengan penularan dalam kalangan masyarakat yang masih berterusan.



MOH juga akan menjalankan kajian dengan sebilangan besar kanak-kanak dalam lingkungan usia ini untuk memahami kesesuaian dos vaksin yang lebih kecil untuk kanak-kanak di sini, tambah Encik Ong.



Ia akan mencari cara untuk mentadbir vaksin dengan lancar sebelum meningkatkan program vaksinasi.



Sementara itu, Encik Ong berkata MOH akan terus memantau vaksin yang sesuai untuk kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >