Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERUBAHAN KEPIMPINAN 4G

Usia, pandemik Covid-19 jejas peralihan kepimpinan pasukan 4G

Apr 09, 2021 | 05:30 AM



KEPUTUSAN pilihan raya pada tahun lalu bukan menjadi penyebab Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat tidak mahu mengambil alih jawatan sebagai perdana menteri yang akan datang.



Beliau menegaskan faktor usianya yang mencapai 60 tahun pada tahun ini selain laluan masa singkat untuk menerajui negara ini pascaCovid-19.



"Keputusan pilihan raya lalu dan termasuk di GRC East Coast (tempat beliau bertanding) bukanlah sebab mengapa saya memutuskan untuk mengetepikan diri.



"Semasa saya berada di GRC Tampines selama 10 tahun, saya bekerjasama dengan baik bersama anggota pasukan GRC itu dan membangun hubungan baik dengan penduduk," ujarnya.



Beliau berkata GRC East Coast memerlukan sokongan dan beliau memutuskan untuk bertanding di sana. Ia adalah kawasan baru buat beliau.



Semasa tempoh berkempen, beliau dan pasukan GRCnya telah melakukan yang terbaik dan menerima sokongan baik.



"Saya ingin jelaskan bahawa saya berusia 60 tahun pada tahun ini dan keadaan Covid-19 telah menjejas rancangan kami.



"Saya gembira kerana PM Lee sedia terus kekal (bersama kami) dan membantu Singapura dalam mengharungi krisis ini.



"...Oleh itu, Singapura berada dalam jagaan yang baik dan ini amatlah penting, dan juga bermakna apabila saya mengambil alih nanti saya akan berusia pertengahan 60-an tahun dan mempunyai masa kepimpinan yang singkat," katanya.



Beliau menambah, dalam menangani krisis besar Covid-19, satu isu yang selalu beliau selalu fikirkan adalah keadaan selepas krisis sejagat itu.



"Pertama sekali, bilakah krisis Covid-19 ini akan berakhir. Saya fikir ia akan mengambil masa, walaupun sudah dilancarkan vaksinasi, di Singapura dan di seluruh dunia.



"Dan kedua, lebih kritikal, apakah keadaan selepas Covid-19, dan kemudian apa yang akan berubah. Dan seperti yang saya nyatakan dalam surat saya, saya fikir banyak yang akan berubah.



"Oleh itu, Singapura perlu merancang jangka panjang. Dan kita memerlukan seorang yang lebih muda dengan tempoh kepimpinan yang lebih panjang untuk tidak berfikir bukan hanya buat satu atau dua penggal pilihan raya, tetapi memikirkan masa depan Singapura yang panjang," jelas Encik Heng lagi.



Cabaran rakyat negara ini juga akan menjadi semakin besar dan menjadi lebih sukar untuk diramal, yang bermakna cabaran signifikan buat negara ini.



"Oleh itu adalah lebih baik bagi seorang yang lebih muda dengan tempoh kepimpinan yang lebih panjang serta mendapat sokongan rakyat untuk memimpin Singapura bagi fasa seterusnya dalam pembangunan negara kita," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >