RAPAT HARI KEBANGSAAN: MEMBANTU WARGA BEKERJA LEBIH LAMA
Usia persaraan, ambil semula bekerja dinaikkan mulai 2022
Warga boleh jangka dapat bekerja sehingga usia 70 tahun menjelang tahun 2030
Aug 19, 2019 | 05:30 AM
MULAI 2022, usia persaraan dan pengambilan bekerja semula akan dinaikkan bagi semua pekerja, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Usia persaraan akan dinaikkan daripada 62 tahun kepada 63 tahun pada 2022 dan kepada 65 tahun menjelang 2030.