Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ustaz Dr Nazirudin mula tugas baru sebagai Mufti Singapura

Mar 01, 2020 | 02:26 PM



 Mufti Singapura, Ustaz Dr Nazirudin Mohd Nasir telah melahirkan penghargaan di atas sokongan, kepercayaan dan doa daripada masyarakat dalam beliau memulakan peranan barunya itu, bermula hari ini. 



Menulis di Facebook Muis hari ini (1 Mac), Dr Nazirudin, 43 tahun, yang menggantikan Dr Mohamed Fatris Bakaram, berkata beliau bersama rakan kerja di Pejabat Mufti akan berusaha meneruskan kerja baik yang dilakukan sebelum ini, khususnya dalam memupuk nilai keagamaan, prinsip dan tradisi dalam mencari huraian isu baru dan rumit. 



Beliau juga terdorong dengan respons pantas dan kesediaan masyarakat membuat penyesuaian dalam amalan agama di tengah-tengah penularan Covid-19 demi melindungi institusi keagamaan dan masyarakat.



“Masyarakat kita juga didorong rasa belas kasihan - masjid, pelajar madrasah dan ramai lain telah tampil ke depan menunjukkan penghargaan kepada pekerja jagaan kesihatan dan mengumpul dana membantu mereka yang terjejas virus,” tulis Dr Nazirudin sambil menggesa masyarakat Melayu/Islam agar terus bersatu padu dalam menghadapi cabaran global yang menjejas semua. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >