Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ustaz Hasbi dipilih semula terajui Pergas

Jul 16, 2019 | 05:30 AM



USTAZ Mohamad Hasbi Hassan telah dilantik semula sebagai Presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) bagi tahun 2019 hingga 2021 dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang diadakan kelmarin.



Seramai 14 asatizah lain turut dipilih menjadi anggota barisan Majlis Tertinggi Pergas (MTP) 2019-2021 dalam mesyuarat tersebut.



Ini termasuk dua anggota baru MTP - Ustaz Hamzah Nordin dan Ustaz Mohamed Qusairy Thaha.



Anggota lain yang dipilih ialah Ustaz Fathurrahman Hj M. Dawoed, Ustaz Izal Mustafa Kamar, Ustaz Mohammad Bahrul-Ulum Buang, Ustaz Muhamad Nuzhan Abdul Halim, Ustaz Muhammad Hasyim Masnin, Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid, Ustazah Kalthom Muhammad Isa, Ustazah Nadia Hanim Abdul Rahman, Ustazah Nur Khadijah Ramli, Ustazah Nurul 'Izzah Khamsani, Ustazah Rohana Ithnin, dan Ustazah Sukarti Asmoin.



Butiran lanjut mengenai pelantikan mereka dalam MTP akan dikongsi kemudian.



Menyentuh tentang adanya lebih ramai ustazah yang dipilih menganggotai barisan MTP kali ini, Ustaz Hasbi berkata sebagai persatuan Islam, mereka menerima pemilihan itu dengan baik dan dengan dada terbuka.



Malah, lebih-lebih lagi sebagai sebuah persatuan ulama, beliau berkata mereka tidak lari daripada nilai-nilai yang diajarkan Islam sendiri dari sudut lelaki dan wanita dan ia boleh dirujuk dalam surah Al-Ahzab, di mana Allah tidak membezakan pencapaian kaum lelaki dan kaum wanita.



"Sekalipun kali ini lebih ramai MTP daripada golongan ustazah, tetapi mereka ini adalah antara orang-orang yang sudah membuktikan pengorbanan mereka, perjuangan mereka, di Pergas untuk kepentingan masyarakat Islam Singapura khususnya dan masyarakat Islam umumnya.



"Jadi dengan terpilih mereka ini, kita mengalu-alukannya dan apatah lagi mereka merupakan ustazah yang mempunyai latar belakang pendidikan yang boleh kita akui," kata beliau.



Beliau menambah bahawa gabungan tenaga lelaki dan wanita dalam barisan MTP itu sangat baik dan "insya-Allah, dapat memenuhi citarasa kita dengan baik".



Beliau berkata setiap daripada mereka mempunyai potensi masing-masing dan kelebihan tersendiri dari segi pendidikan, pengalaman, dan pergaulan mereka dengan masyarakat.



Dengan pengalaman dan pengorbanan yang telah mereka buktikan itu, Ustaz Hasbi berkata Pergas akan dapat terus dimajukan menerusi program yang sedia ada dan program yang akan diadakan pada masa akan datang.



"Yang penting mereka adalah orang yang sudah terbukti kemampuan mereka untuk membimbing Pergas maju ke hadapan," kata beliau.




MAJLIS TERTINGGI PERGAS 2019-2021



Ustaz Mohamad Hasbi Hassan (Presiden)



Ustaz Fathurrahman Hj M. Dawoed



Ustaz Hamzah Mohd Nordin



Ustaz Izal Mustafa Kamar



Ustaz Mohamed Qusairy Thaha



Ustaz Mohammad Bahrul-Ulum Buang



Ustaz Muhamad Nuzhan Abdul Halim



Ustaz Muhammad Hasyim Masnin



Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid



Ustazah Kalthom Muhammad Isa



Ustazah Nadia Hanim Abdul Rahman



Ustazah Nur Khadijah Ramli



Ustazah Nurul 'Izzah Khamsani



Ustazah Rohana Ithnin



Ustazah Sukarti Asmoin




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >