Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ustaz Hasbi: Harus berpatutan, sesuai tanggungjawab dan peranan

Mar 18, 2022 | 05:30 AM



Baru-baru ini diumumkan bahawa lulusan Program Sijil Possiswazah Islam Dalam Masyarakat Kontemporari (PCICS) yang bekerja sepenuh masa di masjid atau madrasah sepenuh masa akan menerima kenaikan gaji bulanan $100 sebaik sahaja menamatkan program tersebut. Isu gaji asatizah merupakan antara topik yang telah lama dibincangkan. BERITA HARIAN meninjau pendapat golongan asatizah serta pengamat sektor agama berkaitan perkembangan remunerasi asatizah sejauh ini.




GAJI yang dibayar kepada asatizah harus mencerminkan nilai yang berpatutan dan bersesuaian dengan tanggungjawab serta peranan mereka, kata Presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustaz Mohamad Hasbi Hassan.



Justeru, tanggapan sesetengah orang bahawa asatizah perlu bekerja ikhlas tanpa mengharapkan bayaran harus berubah.



"Sebab dari dahulu, orang rasa asatizah ini ikhlas cukup, tak perlu makan gaji. Tak perlu bayar duit. Padahal di Singapura ini mana orang yang tak perlukan gaji untuk hidup.



"Bahkan asatizah perlu diberi pertimbangan kerana mereka melakukan dua peranan - untuk kepentingan hidup di dunia ini, dan untuk hidup di akhirat nanti.



"Seorang ustaz tanggungjawabnya tidak habis sampai di dunia ini. Tanggungjawab kita sampai di akhirat. Kita kena letak nilainya yang berpatutan dan bersesuaian," ujar Ustaz Hasbi.



Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas mengenai semakan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) terhadap garis panduan gaji bagi sektor agama, terutama bagi mereka yang bekerja dalam sektor seperti masjid dan madrasah, untuk memastikan sektor keagamaan sama menarik dengan sektor saingan.



Dalam perbahasan belanjawan Ehwal Masyarakat Islam di Parlimen baru-baru ini, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata usaha sedang dilakukan untuk melakar jalur kerjaya yang jelas dan bermakna bagi golongan asatizah, termasuk isu penggajian asatizah.



Butiran lanjut akan diberikan apabila semakan itu selesai.



Dalam satu wawancara dengan Berita Harian di pejabat Pergas di Changi Road, Ustaz Hasbi berkata beliau berharap semakan tersebut akan dapat dipercepatkan sedang isu ini sudah lama diperjuangkan.



Pergas juga kini dalam proses membangunkan 'Model Gaji Progresif' bagi asatizah.



"Kami telah membuat semakan gaji bermula dengan asatizah yang bekerja di Pergas dan kami harap model ini dapat diluaskan kepada asatizah yang merupakan ahli Pergas," kata Pergas.



Gaji asatizah yang bertugas di Pergas peringkat eksekutif ke atas ialah $2,400 hingga $7,500.



Satu lagi inisiatif yang telah diumumkan di Parlimen sebelum ini ialah Program Pencapaian Kepimpinan (LMP) Muis, yang bertujuan mempersiap generasi asatizah muda "agar bersedia apabila dipanggil berkhidmat di jawatan lebih tinggi".



Asatizah yang berpotensi menyandang jawatan kepimpinan - termasuk sebagai Mufti, Presiden di Mahkamah Syariah serta Kadi di Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM) - akan menerima latihan formal di bawah satu program kepimpinan itu, sebagai sebahagian usaha mempertingkat laluan kerjaya sektor agama.



Mengulas tentang program pembangunan kepimpinan itu, Ustaz Hasbi berkata Pergas menyokong program tersebut, bahkan program seperti itu sewajarnya diadakan.



"Itu termasuk fardu kifayah yang perlu kita siapkan. Kalau tak ada Mufti, siapa nak ganti? Kalau tak ada Presiden Mahkamah Syariah, siapa nak ganti?" ujarnya.



Asatizah juga tidak harus malu tampil menjadi pemimpin, kata Ustaz Hasbi.



"Seorang ustaz, seorang ulama, macam mana pun kena jadi seorang pemimpin... Pemimpin baik tidak lari daripada apa yang dicontohkan Rasulullah saw iaitu siddiq (benar), amanah, tabligh (menyampaikan), dan fathonah (bijak)," katanya.






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >