Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ustaz jadi 'bidan' anak ketiga dalam teksi

Apr 19, 2021 | 05:30 AM



TANDA rahmat yang membawa keceriaan.



Demikian yang digambarkan pasangan asatizah Ustaz Ahmad Helmi Mohamad Hasbi, 34 tahun, dan Ustazah Tan Nurul Hafidzah Abdul Hadi, 33 tahun, tentang kehadiran bayi perempuan mereka yang dilahirkan dalam keadaan bukan biasa-biasa - dalam teksi bergerak ketika di Ekspreswe Bukit Timah (BKE) - sehari sebelum ketibaan bulan Ramadan.



Anak ketiga mereka itu selamat dilahirkan pada 6.20 pagi dalam perjalanan ke Hospital Universiti Nasional Singapura (NUH) Isnin lalu.



Pasangan asatizah tersebut telah menamakan cahaya mata mereka Nur Khadijah Al Haniyyah semalam, pada hari ketujuh kelahirannya mengikut sunnah.



Ketika dihubungi Berita Harian (BH), Ustaz Helmi berkata:



"Sebagai Muslim, kami percaya Ramadan merupakan bulan penuh rahmat. Kami menganggap bayi kami sebagai salah satu tanda rahmat buat kami sekeluarga Ramadan ini yang membawa lebih keceriaan kepada kami.



"Kami bersyukur dia dilahirkan tanpa sebarang komplikasi walau dalam keadaan bukan biasa-biasa (dalam kenderaan bergerak)."



Ustaz Helmi seorang juruanalisis penyelidikan di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) dan Ustazah Hafidzah merupakan eksekutif kanan Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas).



Menceritakan pengalamannya yang dicatat menerusi akaun Instagram beliau @ahmadcupin, Ustaz Helmi berkata isterinya mengalami tanda-tanda awal hendak bersalin setelah tengah malam. Namun mereka tidak bergegas ke hospital kerana Ustazah Hafidzah masih "okay".



Pada 5.30 pagi, kontraksi beliau menjadi semakin kuat lantas Ustazah Hafidzah mengajak Ustaz Helmi ke hospital setelah solat subuh.



Mereka segera meninggalkan rumah pada jam 6.05 pagi dan menaiki teksi Encik Leo Siew Tiew.



Ketika ini, Ustazah Hafidzah sudah mula mengerang kesakitan sedang kontraksi beliau menjadi semakin kuat.



Memuji keperibadian Encik Leo, Ustaz Helmi berkata lelaki itu kekal tenang dan cuba memandu secepat mungkin.



Ustaz Helmi memegang tangan isterinya lalu berkali-kali membaca surah Al-Fatihah.



Menurut Ustazah Hafidzah, beliau memberitahu dirinya beliau perlu sampai dan bersalin di hospital kerana tidak begitu bersedia bersalin sendiri.



"Tapi apa yang membuat saya tenang sepanjang dalam teksi adalah apabila suami saya mengingatkan saya untuk membaca selawat dan untuk mengawal pernafasan saya," ujarnya.



Sedang teksi melalui BKE, beliau tidak boleh tahan dan berkata "sudah tiba masanya" untuk beliau bersalin.



Walaupun tidak bersedia menghadapi situasi itu, Ustaz Helmi secara automatik menjadi 'bidan' kepada isteri beliau dan akhirnya menyambut kedatangan puteri pertama mereka dengan tangannya sendiri.



Menggambarkan perasaannya, Ustaz Helmi berkata fikirannya menjadi kosong pada waktu itu kerana ditenggelami pelbagai perasaan.



Perkara pertama yang dilafazkan Encik Leo apabila menyedari Ustazah Hafidzah sudah bersalin adalah "tahniah!", kata Ustaz Helmi.



"Saya benar-benar tersentuh dengan reaksinya. Kami sudah mengotorkan tempat duduk belakang teksinya tetapi beliau tidak kisah sama sekali. Beliau sebaliknya turut berasa gembira," kata Ustaz Helmi.



Menurutnya, sifat Encik Leo yang tidak mementingkan diri sendiri boleh dicontohi dalam masyarakat Singapura yang majmuk.



"Perbezaan kami bukan satu sebab untuk berpecah belah, malahan ia bukti perpaduan dan satu hati. Ada yang mungkin merasakan bahawa apa yang dilakukan Encik Leo adalah biasa dan asas. Tetapi perkara asas inilah yang tidak ada dalam beberapa negara di dunia dan mereka berada dalam konflik," ujarnya.




"Sebagai Muslim, kami percaya Ramadan merupakan bulan penuh rahmat. Kami menganggap bayi kami sebagai salah satu tanda rahmat buat kami sekeluarga Ramadan ini yang membawa lebih keceriaan kepada kami.



Kami bersyukur dia dilahirkan tanpa sebarang komplikasi walau dalam keadaan bukan biasa-biasa (dalam kenderaan bergerak)."
- Ustaz Ahmad Helmi Mohamad Hasbi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >