Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Ustaz kupas isu 'Raya sebulan', erti 'maaf zahir batin'

Jun 10, 2019 | 05:30 AM



AMALAN kunjung mengunjung sepanjang sebulan dalam bulan Ramadan menjadi satu tradisi di rantau ini, khususnya di Singapura.



Begitu juga ungkapan 'Maaf zahir batin' yang sering menjadi ucapan sempena Hari Raya Aidilfitri.



Salah ke beraya sepanjang sebulan? Salah ke kalau tidak mengucapkan 'maaf zahir batin'?



Persoalan ini dikupas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Safinah Institute, Ustaz Tarmizi Wahid, dalam episod kedua edisi Hari Raya podcast terbitan Berita Harian (BH) #NoTapis.



Beliau berkata amalan beraya sepanjang sebulan tidaklah menjadi sesuatu perkara yang salah dari segi agama selagi ia tidak memberatkan diri dan keluarga.



Tidak salah juga jika seseorang ingin menyambut Hari Raya pada 1 Syawal sahaja, tetapi terus mengukuhkan silaturrahim dengan sanak saudara menerusi cara lain, contohnya dengan menziarahi pada bulan-bulan lain.



"Sebenarnya tak ada batas waktu. Nabi pun tak cakap tak boleh sambut lebih daripada sehari. Tapi saya rasa kita kena agak-agaklah.



"Jadi jangan sampai kita terlalu memberatkan dan memaksa sehingga perkara lain akan terjejas," ujar Ustaz Tarmizi.



Sebaiknya amalan beraya selama sebulan itu tidak memberatkan dari segi masa dan wang.



Pada masa yang sama, beliau akur tradisi kunjung mengunjung itu juga ada baiknya jika ia bertujuan mengeratkan silaturahim.



Namun, amalan ini tidak harus dijadikan sebagai satu perkara yang dianggap sebagai kewajipan, ujar Ustaz Tarmizi.



"Jadi kalau ada orang tak nak, kita tak boleh paksa dia. Itu pilihan dia. Sekali lagi ini bukan satu kewajipan.



"Apa yang diinginkan ialah supaya silaturahim itu kukuh, kuat. Dan agama kita sangat-sangat menganjurkan supaya kita menjaga hubungan kita bersama keluarga, teman-teman dan jiran tetangga. Jangan sampai ia terputus," ujarnya.



Dalam podcast itu, Ustaz Tarmizi turut mengupas makna di sebalik ucapan 'maaf zahir batin' yang lazimnya diucap di rantau ini semasa Hari Raya Aidilfitri.



"Saya rasa mereka mungkin mengharapkan dimaafkan segala kesilapan sama ada yang diketahui atau pun tidak diketahui, disengajakan ataut tidak disengajakan.



"Tapi saya bimbang jugak kalau kita tak cakap 'line' ni, takut si pakcik dan makcik itu macam kecil hati. Kita buat sebab takut mereka tersinggung," ujarnya.



Namun, sebenarnya tidak salah dari segi hukum jika tidak disebut ungkapan itu, kata Ustaz Tarmizi lagi.



Podcast #NoTapis Berita Harian itu diacarakan Suhaimi Yusof dan koresponden BH Shahida Sarhid.



Untuk mengikuti perbincangan penuh Episod 2 edisi khas Hari Raya itu, selain memuat turun dari aplikasi Spotify, pembaca juga boleh lungsuri pautan https://spoti.fi/2XzDPn4.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >