Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ustaz: Muslim perlu peka, jangan main beli

Jan 20, 2022 | 05:30 AM



MASYARAKAT Muslim Singapura perlu peka dan berhati-hati sebelum membeli air zamzam yang dijual secara meluas di sini.



Ini memandangkan kerajaan Arab Saudi melarang pengeksportan Air zamzam ke luar negara, kata Ustaz Jakfar Embek sewaktu dihubungi Berita Harian (BH) baru-baru ini.



“Ada beberapa hal yang perlu disedari masyarakat kita. Pertama, air zamzam tidak dijual secara komersial. Disebabkan keterbatasan sumber, kerajaan Arab Saudi hanya menawarkan sejumlah kecil sahaja kepada jemaah umrah, jemaah haji dan pengunjung ke negara itu.



“Kedua, disebabkan larangan ini, masyarakat perlu peka akan sumber air zamzam yang mereka beli. Mereka perlu bertanya kepada penjual akan sumber air zamzam yang dijual, dan sekiranya penjual tidak pasti, penjual itu sendiri harus mengesahkan sumber dari pihak pembekal.



“Kemungkinan air zamzam yang dijual itu asli ada, tetapi ia campuran antara air biasa dengan air zamzam juga ada. Mungkin juga yang dijual bukan air zamzam sama sekali, tetapi air biasa yang dimasukkan ke dalam botol serupa yang dibekalkan,” katanya lagi.



Menyentuh soal mualamat berkaitan etika rukun jual beli, Ustaz Jakfar berkata, “sesuatu aqad (perjanjian) dalam jual beli boleh jadi fasid (rosak) jika barang itu tidak pasti sudut kebersihan sumbernya seperti barangan curian atau unsur rasuah atau unsur penipuan pada pembekalnya”.



Perjanjian jual-beli juga rosak sekiranya “kontrak dilakukan secara paksa, berlaku penipuan (kartel) atau tanpa kebenaran pihak berkuasa sesebuah negara atau pemilik sebenar.



“Pembeli dan penjual (juga) hendaklah tidak dalam keadaan dimanipulasi sudut kesahihannya,” katanya lagi.



Dalam urusan perniagaan, pembekal perlu jelas dan “tidak buta” akan barangan yang diimpotnya dan mengelakkan unsur “jahalah” (ketidaktahuan) atau samar-samar sumber rangkaian pembekalnya.



Menekankan pentingnya masyarakat untuk tidak mengenepikan hal-hal ini “semata-mata kerana ia air zamzam”, Ustaz Jakfar menasihatkan masyarakat Muslim agar lebih prihatin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >