Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ustaz Pasuni kongsi ilmu, pengalaman dalam 'Cakap Masjid'

Jul 21, 2019 | 05:30 AM



DENGAN buku nota kecil dalam genggaman, Ustaz Pasuni Maulan melangkah masuk pejabat Berita Harian (BH) dan disambut mesra oleh kakitangan di bilik berita.



Beberapa kakitangan lelaki BH yang bersalaman dengannya, sempat bergurau dan bersalam seolah-olah "bergoncangan tangan" bak mengulangi detik mereka bernikah satu ketika dahulu.



Ada yang sempat berseloroh:



"Wah, ni dah goncang tangan tiga kali ini dengan Ustaz!"



Ustaz Pasuni sekadar tersenyum lebar seakan sudah terbiasa dengan gurauan senda sedemikian.



Apakan tidak! Bukan setahun dua beliau menjadi kadi.



Bahkan sudah lebih 20,000 pasangan mempelai dinikahkannya sepanjang hampir lima dekad beliau menjadi kadi.



Meskipun demikian, mantan pendaftar di Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM) berusia 74 tahun itu, sedikit pun tidak menunjukkan sebarang tanda lelah dengan mahu berhenti menyumbang kepada masyarakat.



Malah buku nota yang dibawanya itu padat dengan catatan berkaitan agama, yang ditulisnya dalam bahasa Arab, untuk dikongsi bersama pendengar.



Beliau merupakan asatizah pertama yang diundang BH sebagai membuka tirai siri podcast terbaru akhbar ini.



Diberi nama 'Cakap Masjid', podcast ini bertujuan membincangkan isu-isu semasa tetapi diberi sentuhan dan pandangan agama.



Asatizah dan personaliti agama akan diundang bagi membincangkan isu-isu yang dekat dengan hati masyarakat.



Dalam temu bual wartawan, selaku pengacara Cakap Masjid, empat tajuk bakal dikupas Ustaz Pasuni.



Ini termasuk berita palsu yang menimpa beliau mengenai pemergiannya serta pandangan Islam mengenai isu ini; ketaatsetiaan kepada ibu bapa atau filial piety; pentingnya memperbanyakkan amal jariah dalam kehidupan harian; dan perihal alam rumah tangga.



Podcast tersebut yang akan mula dimuatnaik ke aplikasi Spotify hari ini (Ahad), akan menyentuh pertama sekali tentang isu berita palsu berkenaan "pemergian" Ustaz Pasuni, naib pengerusi Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB), yang tular sekitar Syawal lalu.



"Sehingga pagi tadi, ada juga orang yang bertanyakan saya tentang hal ini," katanya meskipun sudah lebih sebulan selepas tersebarnya berita tular bahawa Ustaz Pasuni telah meninggal dunia.



Berhubung tajuk ketaatsetiaan kepada ibu bapa pula, Ustaz Pasuni sempat mengongsi tentang bagaimana seorang temannya yang sudah lanjut usia diletakkan di rumah orang-orang tua oleh anaknya.



"Yang lebih menyedihkan, hamba Allah itu meninggal dunia di rumah orang-orang tua tersebut," kongsinya.



Selain menukil hadis dan firman Allah swt tentang pentingnya tanggungjawab si anak menjaga ibu bapa mereka, Ustaz Pasuni turut menasihati warga emas agar lebih berdikari misalnya, dengan memiliki rumah sendiri.



"Ada yang saya kenal telah memindahkan hak nama flat kepada anak mereka. Pada awalnya semuanya indah, tetapi apabila timbul konflik, ada kalanya ia menyebabkan orang tua itu tiada pilihan tetapi terpaksa mencari rumah sewa lain," katanya.



Turut disentuh ialah tajuk mengenai amal jariah dan bagaimana setiap individu dapat menyumbang kepada kerja-kerja amal tanpa mengira latar belakang dan tugas mereka.



"Amal jariah ini adalah amalan atau perbuatan yang kesannya berterusan.



"Dalam kehidupan dunia, ramai yang akan merasakan manfaatnya.



"Misalnya, jika orang itu mengajar seseorang cara mendidik anak agar menjadi anak yang baik ataupun mengajar cara menjimat wang agar tidak boros, dan orang itu amalkan, maka orang yang mengajar itu akan mendapatkan bahagiannya," ujarnya.



Di samping itu, Ustaz Pasuni turut memberi ulasan berhubung maklum balas sesetengah pasangan berkaitan program Bersamamu, yang turut melibatkan beliau dan beberapa naib kadi lain.



Program yang bermula 1 Julai itu adalah antara usaha bidang tumpuan pertama di bawah rangkaian M Kuasa Tiga (M3) yang bertujuan memberi peluang kepada naib kadi untuk memberi nasihat, panduan, bimbingan dan sokongan kepada bakal pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga secara berterusan selama dua tahun.



Pada akhir setiap isu yang dibincangkan, podcast ini mengajak tetamu undangan memberikan kata-kata pujangga berkaitan tajuk tersebut.



Dalam pada itu, selain mengupas tajuk, podcast ini juga mempunyai episod - Kemusykilan Agama - dengan pembaca dan pendengar diberi peluang bertanyakan soalan berkaitan agama.



Antara soalan yang diketengahkan bagi dua episod pertama Kemusykilan Agama termasuk berkenaan hukum faraid dan mengambil ubat yang mengandungi bahan terlarang dalam agama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >