Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Ustaz Pasuni nafi berita palsu pemergiannya

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Ustaz Pasuni nafi berita palsu pemergiannya

Jun 09, 2019 | 11:48 AM

BERITA yang menyatakan Ustaz Pasuni Maulan telah meninggal dunia, adalah tidak benar. Ini disahkan sendiri Ustaz Pasuni semasa dihubungi wartawan sebentar tadi. 

"Saya masih boleh lari!". Itulah kata-kata yang lahir dari mulut pendakwah dan kadi terkenal setempat itu yang hanya menepis berita yang dianggapnya palsu itu.

Ustaz Pasuni, 74 tahun, berkata beliau agak terperanjat dengan berita tersebut yang diterimanya sekitar petang semalam.

Meskipun begitu, naib pengerusi Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB) dan majlis tertinggi Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), itu berkata yang beliau tidak akan mengambil sebarang tindakan.

Sebaliknya beliau berkata:

"Saya akan terus doakan kepada mereka yang sebarkan agar diberi kesedaran dan kemaafan agar tidak sebarkan berita yang tidak benar."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3