Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ustaz TM Fouzy: Anggota RRG hulur khidmat tanpa paksaan

Mar 14, 2022 | 05:30 AM



DAKWAAN oleh akaun Facebook 'Fikrah Siyasah' terhadap barisan ulama di Singapura dan Kumpulan Pemulihan Agama (RRG) disangkal anggota RRG, Ustaz Tengku Mohd Fouzy Tengku Mahid Jumat, yang menyatakan ia "sama sekali tidak munasabah."



Ustaz TM Fouzy berkata sebagai anggota RRG, tugas mereka adalah untuk memberi kaunseling kepada mereka yang dalam tahanan secara sukarela dan tanpa bayaran atau paksaan dari pihak pemerintah.



Ini selain membetulkan ideologi mereka kepada konsep Islam yang betul serta agar mereka dapat kembali kepada keluarga dan masyarakat seperti biasa, tambahnya.



Beliau juga menyatakan sumbangan dan pengorbanan pengerusi bersama RRG, Ustaz Ali Haji Mohamed terhadap masyarakat Islam Singapura sememangnya "tidak ternilai dan seharusnya diberi penghargaan yang setimpal."



"Islam adalah agama Rahmah, maka kita mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu membantu sesama insan. Mahupun pihak pemerintah atau persatuan seperti RRG.



"Saya harap masyarakat tidak keliru dengan niat baik RRG dengan timbulnya tuduhan yang dilontarkan Fikrah Siyasah," ujar Ustaz TM Fouzy, dalam catatannya di Facebook semalam.



Sebelum ini, tiga catatan yang dimuat naik ke akaun Fikrah Siyasah antara lain mendakwa bahawa RRG telah ditubuhkan oleh dua asatizah atas "arahan dan galakan" dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD).



Ia turut mendakwa RRG ditubuhkan untuk bersekongkol dan "berkhidmat" kepada ISD dan bukan untuk individu yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), selain "membenarkan penahanan tanpa pembicaraan".



Difahamkan individu di sebalik akaun tersebut ialah Zulfikar Mohamad Shariff, yang sebelum ini pernah ditahan di bawah ISA dan dibimbing serta diberikan khidmat kaunseling semasa ditahan oleh ISD.



Dakwaan lama tersebut juga telah ditolak beberapa asatizah dan anggota RRG lain sebelum ini, termasuk Naib Pengerusi RRG, Ustaz Dr Mohamed Ali.



Beliau menyatakan keputusan untuk menubuhkan RRG adalah agar dapat memberi kaunseling kepada individu-individu radikal dan ia merupakan keputusan yang diusahakan bersama dan dipertimbangkan dengan teliti oleh sebilangan ulama dan asatizah mapan setempat.



Mereka merupakan Allahyarham Ustaz Abu Bakar Hashim, Allahyarham Ustaz Syed Ahmad Muhammad Semait, Allahyarham Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad, Allahyarham Ustaz Ibrahim Md Kassim, Allahyarham Ustaz Hassan Mustakim, Allahyarhamha Ustazah Sharifah Badriyah, Ustaz Ali Haji Mohamed dan Ustaz Mohd Hasbi Hassan.



Justeru, ini sama sekali bercanggah dengan dakwaan yang dibuat individu di sebalik akaun FB Fikrah Siyasah itu yang menuduh pengerusi bersama RRG, Ustaz Ali sendiri yang ingin menubuhkan kumpulan tersebut.



Pengerusi Bersama RRG, Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, yang juga Presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) sebelum ini berkata RRG mula terbentuk setelah pengarah ISD pada ketika itu, Encik Benny Lim, bertemu dengan para masyaikh (penasihat mapan) Pergas untuk menanyakan jika Pergas boleh membantu dalam menangani masalah Jemaah Islamiyah (JI).



"Para masyaikh Pergas pada ketika itu sebulat suara menyatakan persetujuan membantu menangani masalah JI. Seterusnya Ustaz Ali diberi peranan merealisasikan persetujuan dan usaha ini.



"Maka terbentuklah RRG dengan Ustaz Ali mewakili masyaikh dan saya sendiri pada ketika itu sebagai Naib Presiden Pergas mewakili Pergas," jelas Ustaz Hasbi.




"Islam adalah agama Rahmah, maka kita mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu membantu sesama insan. Mahupun pihak pemerintah atau persatuan seperti RRG.



Saya harap masyarakat tidak keliru dengan niat baik RRG dengan timbulnya tuduhan yang dilontarkan Fikrah Siyasah."
- Anggota RRG, Ustaz Tengku Mohd Fouzy




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >