ASATIZAH DALAM EKONOMI & KERJAYA
Ustazah Amalina manfaatkan ilmu agama, sains sosial selaku penyelidik RSIS
Aug 18, 2019 | 05:30 AM
ZAMAN sudah berubah, begitulah juga peranan seorang asatizah.
Itulah pandangan Ustazah Amalina Abdul Nasir, 25 tahun, seorang penganalisis penyelidikan di Pusat Antarabangsa bagi Penyelidikan Pengganasan dan Politik, unit pakar di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU).