Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ustazah guna pelbagai kaedah menarik semasa mengajar antara yang diiktiraf anugerah

Dec 05, 2021 | 05:30 AM



SEBELUM pandemik Covid-19 melanda dan program aLIVE masih dapat dijalankan secara fizikal di madrasah masjid, Ustazah Halimatussaadiah Ali Barda Khan menggunakan pelbagai kaedah menarik untuk mengajar pelajar tentang peristiwa dan konsep penting dalam Islam.



Bagi mengajar tentang Israk Mikraj, beliau membawa pelajar 'menaiki' lapisan langit dengan menjelajah satu persatu aras masjid.



Beliau juga memastikan pelajar program itu, yang rata-rata bukan dari madrasah sepenuh masa, dibimbing lebih banyak dalam cara praktikal berbanding teori agar mereka lebih mudah memahami konsep yang ingin disampaikan.



Dan walaupun mengajar topik yang sama setiap tahun, Ustazah Halimatussaadiah akan memastikan yang beliau mengajar dalam cara berbeza daripada tahun sebelumnya.



Usahanya melakukan lebih daripada yang diperlukan untuk pelajarnya itu telah diiktiraf dengan Anugerah Asatizah Ilham yang disampaikan dalam satu majlis semalam.



Ini kali pertama anugerah oleh Pejabat Pengurusan dan Hab Pembelajaran Islam (Ilham) itu diberikan sejak ia ditubuhkan dua tahun lalu.



Secara keseluruhan, anugerah tersebut diberikan kepada 10 asatizah dari lima pusat program aLIVE di bawah Ilham.



Ustazah Halimatussaadiah, 33 tahun, telah bertugas sebagai asatizah sambilan bagi program aLIVE sejak 14 tahun lalu.



Beliau mengajar dua kelas untuk murid berusia 10 hingga 12 tahun pada setiap Sabtu, dan dua kelas untuk pelajar berusia 17 hingga 20 tahun pada setiap Ahad di Masjid Alkaff Kampung Melayu.



"Saya datang daripada latar belakang madrasah dan banyak diajar secara teori. Tetapi apabila saya mengajar pelajar daripada latar belakang sekular, saya perlu menggunakan pendekatan yang lebih praktikal. Saya perlu inovatif dalam melakukannya," kata lulusan Quran dan Sains Quran dari Universiti Antarabangsa Al-Madinah itu.



"Jadi walaupun saya telah mengajar pelajar berusia 10 hingga 12 tahun selama enam tahun, saya tidak melakukan kegiatan yang sama setiap tahun. Walaupun kandungan pelajaran adalah sama, tapi setiap tahun saya menjalankan kegiatan yang sesuai dengan perwatakan pelajar.



"Saya berusaha memastikan apa yang saya ajar itu sampai kepada mereka," tambah ibu seorang anak itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >