Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ustazah Liyana sertai podcast luar studio BH di gerai BHazar, Anjung@WGS

Apr 08, 2023 | 05:30 AM



RAMADAN merupakan tempoh yang seharusnya dimanfaatkan dalam usaha memperkukuh kesihatan mental seseorang.



Ini kerana selain puasa makan minum, umat Islam juga digalakkan supaya 'puasa' dari perkara atau fikiran buruk dan ini boleh membantu dalam mempertingkat kestabilan emosi dan keadaan mental mereka, menurut Ustazah Liyana Musfirah.



Beliau berkata demikian dalam podcast Berita Harian (BH) #NoTapis yang disiarkan secara langsung dari gerai BHazar BH yang terletak di Anjung@Wisma Geylang Serai pada Jumaat.



Semasa sesi podcast 'di luar studio' selama 40 minit itu, Ustazah Liyana berkata emosi masyarakat Islam biasanya lebih tenang semasa bulan Ramadan, dan ini boleh menjadi titik permulaan untuk seseorang itu mula mengundurkan diri dari perkara-perkara atau fikiran yang negatif.



"Badan, akal dan roh kita ini berfungsi sebagai satu sistem, dan dalam bulan Ramadan ini, ia saling mengingatkan bahawa ini bulan mulia, Allah ada.



"Pada masa yang sama, ini juga boleh jadi titik permulaan kita puasa dari perkara kurang elok, contohnya, kita boleh gunakan masa dan peluang ini untuk biasakan diri 'puasa' dari fikiran buruk yang biasanya menjadi 'trigger' kesedihan kita," katanya.



Namun, ini tidak bermakna semua penyakit mental seseorang itu hilang semasa Ramadan, tambah Ustazah Liyana.



"Ada yang beritahu saya, apa-apa pun masalah, agama adalah kunci segalanya.



"Memang betul, tapi agama hanya salah satu daripada huraiannya, masih perlu ikhtiar melalui lain-lain cara juga," tambah pengasas Liyana Musfirah Network (LMN)itu.



Ini merupakan sesi podcast #NoTapis ketiga yang bersiaran dan dirakam secara langsung dari gerai tersebut.



Podcast #NoTapis bersama Ustazah Liyana itu dikendalikan Editor Podcast BH, Shahida Sarhid, yang turut melahirkan harapan untuk mengenali dengan lebih dekat lagi pendengar serta pembaca BH.



"Ini peluang yang baik untuk dekati masyarakat dan untuk memperlihatkan bagaimana podcast dijalankan di belakang tabir.



"Ia juga peluang baik untuk kami mengenali pembaca dan pendengar dengan lebih baik dan juga untuk mereka mengenali BH, satu-satunya akhbar Melayu di sini yang sentiasa berusaha menyediakan rencana bermutu dan dekat di hati masyarakat," katanya.



Satu lagi sesi podcast akan diadakan di gerai tersebut pada Jumaat, 14 April bersama pesilat negara Nurul Suhaila yang juga dikendalikan Cik Shahida bersama wartawan sukan BH, Zulaiqah Abdul Rahim.



Selain sesi podcast bersama Ustazah Liyana, Cef Mel Dean juga telah menunjukkan demo masakan Quesadilla Daging Lembu Keju-Guacamole Sambal Hijau dan Salsa Mangga di gerai tersebut pada Jumaat.



- SITI AISYAH NORDIN




BHAZAR BERITA HARIAN



TEMPAT:



Gerai Berita Harian di Anjung @Wisma Geylang Serai



TARIKH: 31 Mac - 20 April



SENARAI KEGIATAN:



• 9 April 4.30 petang:



Temuramah bersama ikon hiburan Singapura, Sanisah Huri. Beliau juga akan menyanyikan sebuah lagu di gerai BHazar BH.



• 14 April, 5 petang:



Podcast bersama Juara Dunia Pencak Silat dan Pemenang Pingat Emas Sukan SEA 2022, Nurul Suhaila Mohd Saiful - Pengorbanan untuk menjadi juara dunia



• 20 April, 4.30 petang:



Belajar Masak bersama Cef Mel Dean:



- Enchilada Rendang Lembu




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >