Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23

Ustazah mangsa gangguan seksual: ARB akan ambil tindakan tegas

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Ustazah mangsa gangguan seksual: ARB akan ambil tindakan tegas

May 29, 2021 | 03:28 PM

Berikut kenyataan penuh Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB)

Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB) ingin merakamkan rasa amat kesal berikutan kejadian yang telah dilaporkan baru-baru ini yang telah menjadi tular dengan isu salah-guna gambar ustazaat untuk tinjauan gangguan seksual dalam talian.

Pihak ARB mengecam sekeras-kerasnya perbuatan tersebut kerana ia telah melanggar norma kesopanan dan akhlak yang diajar dan dianjurkan oleh agama Islam.

Apatah lagi ia menjejaskan golongan ustazah tempatan dengan menggunakan gambar mereka untuk tujuan yang cukup keji dan mungkar.

Perkara ini amat serius dan perlu ditangani dengan segera.

Pihak ARB meminta masyarakat jangan melanjutkan spekulasi mengenai isu ini, memandangkan ia sudahpun dilaporkan kepada pihak berkuasa dan siasatan sedang dijalankan.

Namun, pihak ARB ingin menegaskan di sini bahawa sekiranya terbukti mereka yang menjadi dalang dalam isu yang tidak bermaruah ini terdiri daripada graduan pengajian Islam seperti yang dilaporkan, pihak ARB tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka, serta tidak akan memberi ruang kepada mereka untuk menyampaikan ajaran agama kepada Masyarakat

Islam di Singapura dalam apa jua bentuk wadah yang disediakan. Pada masa yang sama, pihak ARB akan mewujudkan program-program pemulihan agar mereka sedar dengan kesalahan yang dilakukan serta bertaubat kepada Allah. s.w.t.

Dalam pada itu, pihak ARB amat prihatin dan melahirkan rasa simpati terhadap mereka yang terjejas.

Oleh kerana isu ini telah memberi impak yang cukup mendalam serta menjejas kehidupan mereka dari segi minda dan emosi, pihak ARB memberi jaminan bahawa ia sentiasa menyokong dan akan memastikan insiden pahit ini dapat diharungi dan diatasi dengan segera dan sebaik mungkin.

Pihak ARB juga ingin menekankan gangguan seksual terhadap kaum wanita harus dihentikan serta-merta kerana ia adalah tindakan yang tidak bermaruah dan ditegah agama.

Asatizah juga harus memainkan peranan dalam mendidik masyarakat dan membendung gejala keji ini dari berakar dalam masyarakat.

LEMBAGA PENGIKTIRAFAN ASATIZAH (ARB)

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3