Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ustazah muda meninggal dunia akibat barah

May 16, 2017 | 05:30 AM



MASYARAKAT asatizah setempat kehilangan seorang guru agama dan pendakwah muda, dengan pemergian Ustazah Nur Masreena Abdul Wahab, 33 tahun, yang meninggal dunia kelmarin setelah empat bulan menghidap penyakit barah.



Allahyarhamha pengurus cawangan Woodlands sebuah pusat pendidikan agama swasta Little Muslim Readers.



Ustazah Nur Masreena menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Besar Singapura (SGH) tengah hari kelmarin, setelah berada dalam keadaan kritikal dengan barah tahap keempat.



Jenazahnya disolatkan di Masjid An-Nur dan dikebumikan semalam.



Beliau menghidap penyakit barah rahim sejak pertengahan Januari lalu, kata adiknya, Cik Iva Izyan Abdul Wahab, kepada Berita Harian.



"Kami akan merindui gelak tawanya, keceriaannya, sifatnya yang suka bergurau, menceriakan suasana serta suka mengadakan perjumpaan sesama keluarga," ujar Cik Iva, 32 tahun.



Allahyarhamha juga dikenali dengan sikapnya suka mengingati sepupunya agar tidak meninggalkan solat, kata Cik Iva lagi, yang juga seorang guru di Little Muslim Readers.



"Kata-kata beliau yang akan saya ingat ialah 'Sentiasalah hadir ke majlis ilmu dan maulid', kerana kakak saya adalah antara orang yang suka berkhidmat dan tidak pernah rasa penat atau jemu untuk membantu jika ada majlis maulid, atau haul," ujarnya.



Allahyarhamha giat bersama kumpulan dakwah wanita Nur Az-Zahra' SG, yang terdiri daripada bekas pelajar Singapura pusat pembelajaran Islam Dar Az-Zahra', di Tarim, Yaman.



Allahyarhamha pernah menuntut di sana, dan merupakan bekas pelajar Madrasah Al-Irsyad dan Madrasah Aljunied Al-Islamiah.



Seorang rakan kerjanya di Little Muslim Readers, Ustazah Hazatul 'Ain Abdul Hamid, pula mengenali Allahyarhamha pada 2014.



Beliau menyifatkan Ustazah Nur Masreena sebagai seorang yang "senang untuk bekerjasama dalam tugas, sangat memahami dan sentiasa bersedia menghulurkan bantuan".



Selain itu, Allahyarhamha sentiasa menunjukkan keceriaan dan kasih sayangnya terhadap semua anak murid dan sesiapa sahaja yang mengenalinya, kata beliau.



"Persahabatan kami bukan setakat di tempat kerja, malah kami sentiasa pergi ke majlis ilmu, majlis zikir dan majlis qasidah bersama," ujar Ustazah Hazatul, 26 tahun, pengurus pusat tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >