Ustazah 'terbang' kini tabur bakti
SEWAKTU bergelar pelajar, sikap suka mencuba membolehkan Ustazah Syifaa' Yusra Mansor membawa pulang lebih daripada segulung ijazah.
Selain memiliki ijazah sarjana muda dalam jurusan Usuluddin (Tafsir) daripada Universiti Al-Azhar, beliau juga mempunyai dua ijazah sarjana dalam jurusan psikologi daripada Universiti Bedfordshire dan Universiti Exeter di United Kingdom.