Usul adakan langkah agar pengeluar, penyebar maklumat 'online' dipertanggungjawab, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:33
Syuruk
6:56
Zuhur
12:59
Asar
4:22
Maghrib
6:59
Isyak
8:14
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

SIDANG AWAM JAWATANKUASA PILIHAN

Usul adakan langkah agar pengeluar, penyebar maklumat 'online' dipertanggungjawab

Mar 24, 2018 | 05:30 AM

SYARIKAT berbilang media Singapore Press Holdings (SPH) mengusulkan agar kawalan undang-undang dikenakan ke atas pengeluar maklumat dalam talian yang buat masa ini tidak dikawal selia, dan bukan pengeluar bahan yang telah pun tertakluk di bawah undang-undang seperti Akta Hasutan dan Akta Penyiaran.

SPH dalam perwakilan bertulisnya berkata langkah undang-undang yang mungkin diperkenalkan perlu membezakan antara niat sengaja untuk memesongkan dengan perbezaan pendapat.

"Undang-undang yang menyekat kuasa siasatan dan laporan media akan menyerang sasaran yang salah, kerana badan berita sudah mempunyai mekanisme yang cekap dan berkesan untuk memeriksa dan mengatasi kepalsuan.

"Ia juga mungkin membendung keupayaan media untuk memenuhi peranan kritikalnya dalam memaklumkan masyarakat, dan kekal dipercayai di mata pembacanya," kata SPH.

Mengambil kira ini, Jawatankuasa Pilihan boleh mempertimbangkan langkah-langkah yang memerlukan platform dalam talian seperti Facebook, Google, WeChat, WhatsApp, Snapchat, YouTube dan Twitter mengambil tanggungjawab terhadap kandungan yang mereka terbitkan dan edarkan kata SPH.

Halal Home Based Business
Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Rangkaian media sosial dan laman web juga perlu bertindak lebih pantas apabila kepalsuan tersebar di platform mereka, dan untuk mendedahkan identiti pencipta kepalsuan yang sengaja, kata SPH.

Undang-undang juga boleh mendorong rangkaian media sosial dan laman web media dengan jangkauan yang ketara untuk mewujudkan mekanisme pemantauan atau saluran aduan yang akan membolehkan mereka segera dimaklumkan tentang kewujudan kandungan palsu, yang menyinggung atau dilarang.

SPH menambah rangkaian itu juga perlu diarah membuang kandungan tersebut dalam tempoh "jangka pendek tetapi munasabah", dan tertakluk kepada "denda yang berkesan" jika mereka enggan mematuhi arahan sedemikian.

Kata SPH:

"Walaupun platform dalam talian mengambil langkah ke arah kawalan sendiri, mereka mungkin tidak mampu mengekang pengguna mereka ...

"Oleh kerana kepalsuan adakalanya boleh tersebar dengan lebih cepat daripada apa yang dapat diturunkan, pencegahan - melalui peningkatan celik media dan pencegahan akibat undang-undang - adalah lebih baik".

SPH juga menyarankan agar syarikat teknologi perlu dipertanggungjawab bagi bahan yang mereka edarkan, kerana pengguna melihat mereka sebagai sumber maklumat.

Editor Media Inggeris, Melayu, Tamil SPH, Encik Warren Fernandez, berkata tiada ketelusan daripada syarikat media sosial tentang cara algoritma mereka yang menyenaraikan bahan direka dan diubah.

"Tanpa kuasa, kita tidak akan berupaya mendapatkan mereka mendedahkannya (algoritma)," kata Encik Fernandez.


SEKILAS SARANAN SPH 

  • Undang-undang baru atau pinda undang-undang sedia ada untuk kawal platform edaran bahan termasuk saluran media sosial dan platform mesej pantas
  • Tubuh badan semakan fakta terdiri daripada wakil media, pengamal industri
  • Perlu ada pengertian tentang kepalsuan dalam talian yang disengajakan. SPH menyarankan kriteria ujian berdasarkan niat, kepentingan kesan dan jangkauan
  • Mencari keseimbangan antara kebebasan bersuara dan perbincangan sihat
  • Peranan media aliran utama menyediakan berita yang tepat, bina daya tahan masyarakat menerusi program pendidikan celik media

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map