Usul beri Spring S'pore kuasa siasat peruncit tidak telus
MIT mahu akta lebih relevan, tingkat perlindungan kepada pengguna
May 16, 2016 | 05:30 AM
SPRING Singapore mungkin mendapat lebih kuasa apabila ia dilantik selaku agensi pentadbir yang boleh menjalankan siasatan dan melaksana penguatkuasaan seperti memasuki premis tanpa waran bagi peruncit yang meneruskan amalan tidak adil ke atas pengguna.
Mahkamah juga boleh mengenakan langkah tambahan ke atas peruncit ingkar sebagai sebahagian daripada perintah injunksi.