Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usul dedikasi, namakan ruang awam iktiraf sumbangan wanita SG pada negara

Sep 19, 2021 | 05:30 AM



MAJLIS Pertubuhan Wanita Singapura (SCWO) mengusulkan saranan untuk mendedikasikan atau menamakan ruang awam sempena wanita Singapura sebagai memberi penghormatan kepada wanita negara ini atas sumbangan mereka dalam pembangunan negara.



Presiden SCWO, Cik Junie Foo, berkata inisiatif itu merupakan contoh usaha simbolik dan aktif bagi meningkatkan kedudukan wanita dalam negara ini.



"Saranan ini sesuai dalam 2021 sedang kita menyambut Tahun Meraikan Wanita Singapura dan menyusun dasar untuk mewujudkan kesetaraan antara lelaki dengan wanita sebagai nilai asas," kata beliau dalam ucapannya di sesi penutup siri Perbincangan tentang Pembangunan Wanita Singapura semalam.



Siri perbincangan itu, yang dimulakan pada September tahun lalu, bertujuan mengenal pasti dan menangani isu-isu yang menjejas wanita Singapura, dengan maklum balas dan saranan akan dikemukakan sebagai Kertas Putih pada awal tahun depan.



Sesi penutup siri perbincangan itu, yang diadakan dalam talian, turut disertai Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



SCWO, dalam laporannya menyusuli sesi perbincangan itu yang dikeluarkan semalam, telah mencalonkan 10 nama wanita, di mana sesetengah ruang awam harus dinamakan sempena nama mereka sebagai peringatan.



Antaranya ialah aktivis politik dan pejuang hak wanita Chan Choy Siong; aktivis hak wanita perintis Shirin Fozdar; pejuang hak wanita dan kanak-kanak Che Zahara Noor Mohamed; dan peniaga dan pengasas Masjid Hajjah Fatimah, Hajjah Fatimah Sulaiman.



Saranan mendedikasi ruang awam kepada wanita Singapura itu mendapat sokongan oleh Encik Lee, yang berkata dalam ucapannya bahawa Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), Kementerian Pembangunan Negara (MND) dan Lembaga Taman Negara (NParks) telah mengenal pasti satu lokasi baik untuk mewujudkan sebuah taman di Dhoby Ghaut Green.



"Taman ini akan terletak di tengah-tengah kawasan bandar. Ia akan memberi penghormatan dan meraikan semangat perintis dan sumbangan wanita Singapura," kata beliau.



"Ia akan mengiktiraf peranan utama yang dimainkan wanita dalam masyarakat dan negara kita."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >