Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usul guna undang-undang sedia ada cegah merokok dekat jendela, balkoni

Sep 15, 2021 | 05:30 AM



UNDANG-UNDANG bagi gangguan awam yang sedia ada boleh digunakan untuk mencegah perokok daripada merokok berhampiran jendela dan balkoni demi mengurangkan kesan asap rokok kepada jiran, kata Encik Louis Ng (GRC Nee Soon).



Encik Ng berkata kuasa pencegahan sedemikian boleh digunakan bagi menangani isu asap rokok di kawasan perumahan tanpa memperkenalkan undang-undang baru.



Beliau juga pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) bagi Kemampanan dan Sekitaran.



Memberi respons, Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran) Amy Khor berkata langkah pencegahan hanya berkesan jika ada kemungkinan pesalah boleh ditangkap.



Beliau memberi contoh bandar Norfolk di Virginia, Amerika Syarikat, di mana merokok di dilarang di unit rumah sewa awam pada 2018.



Tempoh penyewaan boleh dihentikan jika penyewa tidak mematuhi larangan itu.



"Keadaan menjadi lebih baik pada bulan pertama, tapi dalam tempoh setahun, ia menjadi seperti yang lalu, di mana perokok merokok semula di rumah. Mengapa? Ini kerana walaupun kesan perbuatan mereka adalah nyata, kemungkinan mereka ditangkap tidak," kata beliau.



Encik Ng pula telah menukil Seksyen 43 Akta Kesihatan Sekitaran Awam, yang memberi kuasa kepada Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) untuk mengambil tindakan wajar menghentikan sebarang gangguan awam.



Gangguan ini, sebagaimana yang ditentukan dalam Seksyen 44 termasuk isu melibatkan sebarang gas, haba atau bau dari premis yang boleh menyebabkan gangguan atau kecederaan atau membahayakan kesihatan, kata beliau.



"Ini menggambarkan asap perokok. Mengapakah pemerintah tidak menggunakan undang-undang ini untuk menunjukkan pendirian jelas bahawa merokok berhampiran jendela dan balkoni dilarang?" kata Encik Ng.



Dr Khor berkata undang-undang tidak boleh digunakan bagi melarang perbuatan merokok berhampiran jendela dan balkoni kerana undang-undang itu dikuat kuasa pada tahun 1960-an untuk membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi menghentikan gangguan awam dari kegiatan perusahaan tertentu, dan bukan bertujuan menangani larangan merokok.



Akta Merokok (Larangan di Tempat-Tempat Tertentu) yang berkuat kuasa pada 1970 menangani gangguan awam yang menjejas orang ramai dan bukan gangguan secara privet yang campur tangan dalam hal orang yang menggunakan atau menikmati hartanah miliknya - yang berlaku apabila seseorang merokok di rumah, kata Dr Khor.



Encik Ng bercakap tentang perkara ini semasa membentangkan usulan di akhir sidang Parlimen kelmarin.



Beliau pertama kali bercakap mengenai isu asap dari perokok ini di Parlimen tahun lalu.



Ketika itu, beliau telah menggesa pemerintah melarang penghuni rumah merokok di tepi jendela atau balkoni rumah masing-masing.



Memberi respons, Dr Khor berkata undang-undang sedemikian amat mencerobohi dan boleh mendatangkan cabaran untuk dikuatkuasakan.



Beliau berkata isu tersebut menyentuh tentang hak individu dalam rumah sendiri.




"Keadaan menjadi lebih baik pada bulan pertama, tapi dalam tempoh setahun, ia menjadi seperti yang lalu, di mana perokok merokok semula di rumah. Mengapa? Ini kerana walaupun kesan perbuatan mereka adalah nyata, kemungkinan mereka ditangkap tidak."
- Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran) Dr Amy Khor, yang menarik perhatian bahawa langkah pencegahan hanya berkesan jika ada kemungkinan pesalah boleh ditangkap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >