Usul hukuman lebih berat atas pengarah, pegawai kanan pecah amanah
Shanmugam: Pemerintah berpendapat hukuman ke atas kes Gereja City Harvest terlalu ringan
Feb 06, 2018 | 05:30 AM
PEMERINTAH akan meminta Parlimen supaya meminda undang-undang bagi memastikan hukuman lebih berat dikenakan ke atas pengarah dan pegawai kanan syarikat yang melakukan kesalahan pecah amanah (CBT), kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K. Shanmugam, semalam.
Merujuk kepada kes Gereja City Harvest (CHC), beliau memberitahu Parlimen bahawa sejak 40 tahun lalu, undang-undang menjelaskan pengarah kanan syarikat yang melakukan kesalahan CBT tertakluk di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman lebih berat.