Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usul kembali kepada sistem Presiden dilantik Parlimen

May 06, 2016 | 02:26 PM



DUA unsur utama presiden dipilih - sebagai ketua negara simbolik dan penyatu masyarakat, dan sebagai penjaga yang memeriksa pemerintah - harus dipisahkan, daripada diletak pada seorang sahaja, kata pengerusi eksekutif Raffles Medical Group, Dr Loo Choon Yong, dan peguam Loo Choon Chiaw pada Jumaat (6 Mei).



Bercakap dalam sidang terakhir daripada empat sidang dengar awam anjuran Suruhanjaya Perlembagaan mengenai perubahan ke atas jawatan presiden dipilih, Dr Loo berkata terdapat banyak kekeliruan mengenai peranan presiden dipilih, dan orang ramai sering berpendapat peranan itu bermakna menyemak dan mengimbangi semua hal pemerintah.



Dr Loo, Anggota Parlimen Dilantik dari 2005 hingga 2006 dan 2007 hingga 2009, menyeru agar kembali kepada sistem sebelum 1991, yang "telah berjalan dengan baik bagi Singapura".



Presiden harus dilantik oleh Parlimen, dengan kuasa yang jawatan kitu ada sebelum 1991, katanya.



Majlis Penasihat Presiden kemudian boleh disusun semula menjadi Majlis Semakan Presiden terdiri daripada lapan anggota untuk menjalankan kuasa melindungi rizab negara dan mengesahkan pelantikan jawatan penting, ujar beliau.



Dua daripada anggotanya harus dilantik oleh Presiden, manakala enam boleh dilantik oleh, antara lain, Perdana Menteri, Hakim Besar, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.



Bagaimanapun, anggota suruhanjaya itu, seperti mantan Speaker Parlimen Abdullah Tarmugi dan Profesor Chan Heng Chee, bertanya apakah warga Singapura dalam era ini dapat menerima langkah kembali kepada sistem Presiden dilantik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >