Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan

Usul pastikan barang asas kekal dimampui melalui insentif cukai, garis panduan

Mar 02, 2022 | 05:30 AM



ENCIK Seah Kian Peng (GRC Marine Parade) menggesa pemerintah menimbangkan dan menyelaraskan usaha bersama masyarakat untuk memastikan barangan asas kekal dimampui melalui insentif cukai atau garis panduan yang dikenakan bagi barangan tertentu.



Dalam pada itu, beliau turut berkata syarikat kecil dan sederhana (SME) memerlukan lebih banyak sokongan dengan sekitar 57 peratus perniagaan tempatan yang ditinjau menyaksikan kos meningkat tahun ini.



Jumlah tersebut meningkat dua kali ganda berbanding 28.8 peratus tahun lalu, sedang kos semakin meningkat bagi pelbagai produk, daripada bahan mentah kepada pengangkutan, tenaga kerja dan tenaga.



Encik Seah berkata kebanyakan SME mengatakan kos perniagaan mereka melonjak tinggi "dan akibatnya, mengalami kerugian".



"SME membentuk bahagian penting ekonomi Singapura, termasuk sebagai sumber pekerjaan dan pendapatan bermakna.



"Sering suara pemilik perniagaan kecil tidak didengar. Apa boleh kita lakukan untuk memastikan SME boleh duduk semeja?



"Contohnya, persatuan perdagangan memainkan peranan penting dalam mengumpul maklum balas, serta menerangkan dasar dan skim baru kepada anggotanya.



"Persatuan seperti ini mungkin dikendalikan dengan bajet kecil, yang boleh membataskan keberkesanannya," kata beliau.



Justeru, Encik Seah, yang juga ketua pegawai eksekutif (CEO) Kumpulan FairPrice, meminta pemerintah menimbangkan geran sekali persatuan perdagangan yang memainkan peranan penting untuk mendekati SME.



Ini selain memberikan aturan fleksibel kepada perniagaan, terutama SME, dalam menggajikan pekerja migran.



Kenaikan harga barang dan perkhidmatan boleh dijangka dengan kos perniagaan semakin meningkat, kata Encik Seah, dan beliau tidak menafikan ada sebahagian perniagaan akan mengambil peluang untuk meraih keuntungan berlebihan daripada keadaan ini.



Beliau menambah bahawa jawatankuasa yang dipimpin Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling, akan menetapkan garis pandu dan dengan bantuan anggota masyarakat dapat menghentikan perniagaan yang menggunakan inflasi atau cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk menaikkan harga.



"Pada masa sama, perniagaan dan SME tidak sepatutnya disalahkan jika menaikkan harga secara sah dan kerana sebab-sebab munasabah," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >