Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ATURAN BERKERJA DARI RUMAH

Usul sediakan sumber, panduan bagi WFH dilaksana secara praktikal

SG tidak perlu terburu-buru untuk gubal undang-undang baru bagi aturan kerja dari rumah: Gan Siow Huang
Jan 12, 2022 | 05:30 AM



LANGKAH menggubal undang-undang baru bagi aturan kerja dari rumah (WFH) mungkin bukan huraian yang terbaik, namun majikan dan pekerja harus disediakan sumber dan panduan untuk membantu mereka melaksanakan aturan kerja sedemikian dalam cara yang praktikal dan bertahan, kata Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pendidikan), Cik Gan Siow Huang.



Cik Gan berkata pandemik Covid-19 telah menjadi pemangkin transformasi amalan di tempat kerja, dengan tiga daripada empat kakitangan bekerja dalam syarikat yang menyediakan aturan kerja dari rumah pada 2020.



Namun, beliau menambah bahawa tidak perlu terburu-buru untuk menggubal undang-undang bagi aturan kerja sedemikian.



"Kami menjangkakan aturan kerja dari rumah menjadi satu pilihan lebih utama.



"Sebahagian besar majikan berkata mereka akan membenarkan pekerja mereka untuk terus bekerja dari rumah bagi sekurang-kurangnya seperempat masanya.



"Kita tidak seharusnya terburu-buru menggubal undang-undang yang secara tidak sengaja mewujudkan ketegaran di tempat kerja yang boleh menghambat pemulihan ekonomi kita pada masa ini," kata beliau.



Cik Gan berkata demikian semasa menjawab soalan oleh beberapa Anggota Parlimen (AP) berhubung isu WFH di Parlimen semalam.



Antaranya, Encik Yip Hon Weng (SMC Yio Chu Kang) bertanya sama ada Kementerian Tenaga Manusia (MOM) akan meneliti langkah memperkenalkan undang-undang baru demi mempertingkat kebajikan kakitangan yang bekerja dari rumah, termasuk menghalang majikan daripada menghubungi kakitangan mengenai hal kerja tidak penting di luar waktu kerja kontrak mereka.



Cik Gan berkata pendekatan bagi fleksibiliti di tempat kerja harus bersifat inklusif, dengan pelbagai usaha telah dilakukan.



Misalnya, rakan kerja tiga pihak mendekati majikan dan kesatuan untuk mempromosi Nasihat dan Piawaian Tiga Pihak mengenai Aturan Kerja Fleksibel.



Tahun lalu, Perikatan untuk Bertindak (AfA) mengenai Keharmonian Kerja-Hidup telah dibentuk. Ia kemudian mewujudkan tiga Masyarakat Amalan bagi sektor khidmat makanan, perkilangan dan kewangan untuk bertukar-tukar amalan terbaik dan membangunkan sumber pelaksanaan yang sesuai dengan keperluan sektor syarikat.



Salah satu saranan dalam Nasihat Tiga Pihak mengenai Kesejahteraan Mental yang diperkenalkan pada 2020 pula memaklumkan kepada majikan agar menetapkan jangkaan munasabah bagi komunikasi selepas waktu kerja, seperti tidak memerlukan kakitangan menjawab mesej dan e-mel kerja yang tidak penting selepas waktu kerja.



Dalam soalan susulan, Encik Louis Ng (GRC Nee Soon) berkata meskipun beliau setuju bahawa negara ini tidak harus terburu-buru menggubal undang-undang, Covid-19 telah menunjukkan aturan kerja dari rumah dapat dilaksanakan dan telah bertanya apakah yang menghalang pemerintah daripada menggubal undang-undang bagi aturan kerja sedemikian.



Menjawab, Cik Gan berkata jika dilihat pada negara lain yang telah memperkenalkan penggubalan undang-undang untuk membenarkan kakitangan memohon untuk bekerja dari rumah, hasilnya agak bercampur aduk tentang sama ada undang-undang sedemikian telah dapat mendorong peningkatan ketara dalam keharmonian kerja-hidup dan juga fleksibiliti bagi pekerja.



"Apa yang saya fikir kita harus berikan tumpuan ialah menyediakan sumber dan panduan kepada majikan dan pekerja untuk membantu mereka melaksanakan aturan kerja dari rumah dan aturan kerja fleksibel dalam cara praktikal dan bertahan," kata beliau.



Encik Yip pula telah bertanya apakah rancangan bagi pemerintah mempertingkat atau mengemaskini undang-undang seperti Akta Pekerjaan untuk menyediakan perlindungan bagi aturan kerja dari rumah dan pada dasarnya, rumah sebagai tempat kerja.



Cik Gan berkata perlindungan yang tersedia di bawah Akta Pekerjaan tidak khusus pada lokasi, dan oleh itu "sama ada individu bekerja dari rumah, atau bekerja di pejabat, atau bekerja di kilang, Akta Pekerjaan melindungi mereka".




"Kami menjangkakan aturan kerja dari rumah menjadi satu pilihan lebih utama. Sebahagian besar majikan berkata mereka akan membenarkan pekerja mereka untuk terus bekerja dari rumah bagi sekurang-kurangnya seperempat masanya. Kita tidak seharusnya terburu-buru menggubal undang-undang yang mewujudkan ketegaran di tempat kerja dan menghambat pemulihan ekonomi kita."
- Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pendidikan), Cik Gan Siow Huang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >