Usulan supaya telko setempat beri pelanggan bil lebih jelas, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:43
Syuruk
7:01
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:10
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Usulan supaya telko setempat beri pelanggan bil lebih jelas

Feb 21, 2019 | 02:49 PM

 

 

SEMUA syarikat telekomunikasi  (telko) di Singapura, tidak lama lagi, akan diperintah supaya memberi pelanggan bil mengandungi perincian kos mengikut piawaian yang ditetapkan.

Mengumumkan usulan ini pada Rabu (20 Feb) Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA) berkata ia telah menerima maklum balas pelanggan tentang bil dan perincian kos berbeza-beza mengikut telko.

Khususnya, telko, di masa depan, perlu menyatakan bayaran yang dikenakan bagi khidmat tambah nilai atau khidmat pihak ketiga yang diberikan supaya mematui Kod Tertumpu yang baru.

Berita Popular

Perbuatan ini, yang menjadikan kos lebih jelas, akan membantu menghuraikan pertikaian tentang bil, kata IMDA.

Contoh khidmat tambah nilai atau khidmat pihak ketiga yang dimaksudkan ialah perayauan (roaming), khidmat kadar premium (PRS), SMS/MMS sedunia dan penggunaan berlebihan.

Puluhan pelanggan tiga telko utama - Singtel, M1 dan StarHub - telah menulis di Facebook dan forum dalam talian pada Februari dan Mac tahun lalu untuk mengadu tentang bayaran yang dikenakan bagi khidmat PRS yang tidak dimohon.

Perubahan ini antara beberapa perubahan yang diusul IMDA bagi disertakan dalam kod persaingan bersepadu dalam rundingan awam yang berakhir pada 17 April.

Kod Tertumpu menyatukan rangka kerja persaingan dan perlindungan penguna bagi pasaran telekonomunikasi dan media, dengan tujuan menyelaraskan pelaksanaan undang-undang bagi kededua sektor.

Ini dilakukan ekoran pindaan kepada Akta Telekomunikasi pada 2017.

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map