Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KORONAVIRUS: PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN M’SIA

Utamakan kebajikan ibu bapa yang tinggal di M'sia

Mar 20, 2020 | 05:30 AM



Perintah kawalan pergerakan Malaysia diumumkan Isnin lalu oleh Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin, lantas memaksa ramai bergegas membuat apa yang perlu pada saat akhir. Pengumuman itu juga menyebabkan ramai membuat penyesuaian besar, daripada warga Singapura yang mempunyai orang tua yang tinggal di seberang Tambak, kepada bakal mempelai dari dua negara berbeza. Ikuti laporan wartawan NUR HUMAIRA SAJAT (nhumaira@sph.com.sg).




KIRA-KIRA tiga kali setiap minggu, warga Singapura, Encik Mohd Hafiez Ali, akan meredah kesesakan jalan raya untuk ke seberang Tambak supaya dapat memastikan kebajikan kedua-dua orang tuanya yang berusia 70-an tahun dan menetap di Johor Bahru, terjaga.



Justeru, setelah pengumuman sekatan pergerakan disiarkan Isnin lalu, Encik Hafiez, 46 tahun, kelam kabut mengambil cuti segera supaya dapat ke Malaysia keesokan harinya dengan harapan dapat memujuk ibu bapanya agar mengikutnya pulang ke tanah air.



Namun, permintaan beliau dan adik-beradiknya itu ditolak.



Oleh sebab ibu bapanya uzur, Encik Hafiez perlu berlumba dengan masa bagi memastikan bekalan perubatan, barang dapur dan wang tunai yang ditinggalkan semua mencukupi.



Menurutnya, isteri dan anak-anaknya banyak menyokongnya juga.



"Selalunya, jika orang tak nampak ibu bapa saya di masjid, mereka akan cari, tapi masjid pun sekarang ditutup. Sejujurnya, kami adik-beradik risau tapi saya dah minta bantuan orang kampung supaya jenguk-jenguk ibu bapa saya," ujar bapa empat anak itu yang telah memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumah tersebut.



Encik Hafiez merupakan antara mereka yang terjejas dengan perintah kawalan pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin Isnin lalu.



Sementara Encik Hafiez tidak dapat membawa ibu bapanya pulang ke Singapura ada pula yang dapat melakukan demikian.



Bagi Cik Tan Khalidah Adibah, 52 tahun, mindanya kini lebih tenang dengan adanya ibu bapa beliau berusia 80-an tahun di sisinya.



"Kawan ibu bapa saya bantu menghantar mereka ke Singapura kerana mereka tidak galakkan saya ke Malaysia. Jadi, saya dah tak risau kerana mereka di Singapura bersama saya," kata pendidik kanak-kanak berkeperluan khas itu yang menambah bahawa ibu bapanya dibawa pulang tengah hari kelmarin.



Bagi yang lain, seperti Encik Sani Hamid, 51 tahun, pula beliau tidak begitu risau kerana ibunya yang mengalami sakit kronik dijaga oleh adiknya yang turut menetap di Kuala Lumpur, Malaysia.



"Kami sebenarnya sudah bersedia bagi keadaan begini jadi bekalan makanan dan perubatan memang sudah cukup.



"Dari segi barangan, memang semua dah terjaga, jadi itu sudah memberi saya ketenangan minda. Namun, kalau dari segi emosi, saya perlu menahan diri daripada berjumpa ibu saya sepanjang sekatan pergerakan ini," kata penduduk tetap Singapura itu yang merupakan Pengarah Pengurusan Harta (Ekonomi dan Strategi Pasaran).



Menurutnya, beliau memandu ke Kuala Lumpur dalam seminggu sekali untuk melawat ibunya.



Sementara itu, ada pula seperti Encik Mohammed Raziff Abdull Hamid, pengurus perancangan perniagaan kanan, yang tidak begitu terjejas dengan perintah sekatan pergerakan tersebut memandangkan beliau tinggal di Malaysia bersama ibu bapanya.



Meskipun warga Singapura berusia 50 tahun itu berulang-alik ke Singapura setiap hari, beliau berkata aturan bekerja dari rumah telah membolehkannya berada di samping ibu bapanya sepanjang tempoh ini.



"Langkah ini suatu yang perlu dan saya sokong pemerintah Malaysia kerana telah mengambil langkah drastik ini.



"Namun, jika keadaan bertambah buruk melebihi dua minggu ini, kami merancang pulang ke Singapura dan tinggal bersama saudara-mara," ujarnya yang menetap di Iskandar Puteri, Johor Bahru, sejak lima tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >