Vaksin antara tunggak pendekatan SG dalam norma baru: Rahayu, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Vaksin antara tunggak pendekatan SG dalam norma baru: Rahayu

Pihak berkuasa usaha percepat vaksinasi nasional agar semua dilindungi lebih cepat
Jul 23, 2021 | 05:30 AM

DALAM norma baru, Singapura perlu belajar meneruskan kehidupan dengan kewujudan virus Covid-19, kata Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam.

Mujurnya, dengan vaksinasi Covid-19 boleh dijadikan sesuatu keadaan kurang mengancam, seperti selesema biasa.

Cik Rahayu berkata vaksinasi antara tunggak dalam pendekatan serampang tiga mata Singapura dalam norma baru apabila Covid-19 menjadi endemik.

"Matlamat kami ialah memastikan seluruh masyarakat selamat, sambil menerima hakikat akan ada orang dijangkiti dari masa ke masa.

"Vaksinasi penting kerana ia amat berkesan dalam mengurangkan risiko jangkitan mahupun penyebaran jangkitan.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Walaupun seseorang itu dijangkiti, anda kemungkinan besar tidak jatuh sakit jika sudah divaksin.

"Justeru adalah penting seberapa ramai daripada kita divaksin secepat mungkin," kata beliau.

Menurut Cik Rahayu, pihak berkuasa sedang berusaha gigih mempercepat program vaksinasi nasional supaya semua warga dapat dilindungi lebih cepat.

Misalnya, tempoh minimum antara dos pertama dan dos kedua vaksin dipendekkan dari enam hingga lapan minggu kepada tiga minggu bagi vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty dan empat minggu bagi vaksin Moderna.

Selain itu, usaha sedang dipergiatuntuk mendekati dan mendidik warga emas - golongan paling berisiko tinggi dan mudah terdedah kepada jangkitan.

Menyedari banyak keprihatinan dan kebimbangan berhubung vaksinasi dalam kalangan warga emas, terutama mereka yang menghidapi penyakit kronik, lebih banyak usaha sedang dijalankan untuk menangani hal ini, kata Cik Rahayu.

Menurut beliau, Kementerian Kesihatan (MOH) serta Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) telah menggunakan pelbagai wadah media.

Ini termasuk membuat lawatan rumah ke rumah oleh sukarelawan Persatuan Rakyat (PA) dan Duta Generasi Warga Emas untuk mendampingi warga emas dan meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan vaksin, keberkesanannya dan kelayakan perubatan.

"Kami akan terus mempergiatkan usaha untuk meyakinkan warga emas bahawa vaksinasi selamat dan berkesan serta menggalak lebih ramai warga emas tampil untuk mendapatkan vaksinasi.

"Kami juga mengharapkan sokongan ahli keluarga menggalak orang tersayang supaya mendapatkan vaksin," ujar Cik Rahayu.

Sementara itu, bagi membantu warga emas tidak boleh bergerak, kerjasama dijalin dengan Pejabat Generasi Warga Emas (SGO) dan PA untuk mengerahkan Pasukan Vaksinasi Bergerak (MVT), kata beliau.

Bagi memudahkan golongan itu, MOH akan lancar hingga 10 MVT ke kawasan kejiranan - ke lokasi berdekatan warga emas, seperti kelab atau pusat masyarakat yang belum digunakan untuk vaksinasi atau pusat Jawatankuasa Penduduk.

Pengerahan pasukan ini akan dijalankan secara bertahap. Ia bermula di Anchorvale CC pada 7 Julai.

Tambah Cik Rahayu, MOH akan menambah bilangan Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPCs) yang menawarkan vaksinasi - bermula dengan Bedok, Bukit Merah, Hougang dan Tampines dalam minggu-minggu mendatang.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map